Barcelona Berhadapan Risiko Tersingkir Dari La Liga Jika Wilayah Catalonia Merdeka

Diterbitkan: Rabu, 8 Oktober 2014 7:51 PM

Pasukan Barcelona berhadapan dengan risiko tersingkir dari La Liga jika wilayah Catalonia memutuskan untuk merdeka sepenuhnya dari Sepanyol bulan depan.

(Ubah saiz teks)

> Barcelona adalah ibu negeri wilayah Catalonia yang menuntut kemerdekaan penuh

> Sepanyol enggan melepaskan wilayah itu

> Dua pemain Barca, Xavi dan Gerard Pique sokong referendum kemerdekaan

> Undang-undang Sepanyol hanya benarkan Andorra sebagai satu-satunya wilayah asing beraksi dalam La Liga

> Jika merdeka Barca dan Espanyol terpaksa bermain dalam Liga kecil Catalonia

> 9 November adalah tarikh referendum

BARCELONA kini berhadapan dengan risiko tersingkir dari La Liga jika wilayah Catalonia membuat keputusan untuk merdeka sepenuhnya dari Sepanyol dalam satu referendum yang dijadualkan berlangsung pada 9 November ini.

Barcelona adalah ibu negeri wilayah berkenaan.

Wilayah tersebut buat masa ini menikmati beberapa keistimewaan autonomi seperti mengamal dan mengekalkan bahasa Catalan serta mempunyai parlimen mereka sendiri.

Bagaimanapun jika wilayah ini berjaya dalam usaha mereka mencapai kemerdekaan mutlak, kelab Barcelona berhadapan dengan risiko tidak dibenarkan beraksa dalam La Liga lagi, demikian menurut Presiden Persatuan Bolasepak Sepanyol, Javier Tebas.

Bulan lalu, Scotland yang menuntut kemerdekaan penuh dan ingin berpisah dari kesatuan United Kingdom gagal berbuat demikian apabila majoriti warganya memutuskan untuk terus kekal sebagai sebahagian daripada UK dalam satu referendum yang dijalankan.

Warga Catalan yang menyaksi dan menanti referendum tersebut dengan penuh debar kecewa dengan apa yang berlaku di Scotland kerana nasib dan masa depan mereka juga akan bergantung dalam referendum yang lebih kurang sama dengan Scotland.

Tebas menjelaskan, undang-undang sukan Sepanyol hanya membenarkan sebuah pasukan bukan wilayah Sepanyol iaitu Andorra secara sah mengambil bahagian dalam La Liga.

Ini bermakna jika Catalonia merdeka, Barcelona tidak boleh menjadi pasukan kedua yang mengambil bahagian dalam La Liga melainkan undang-undang sedia ada dipinda.

Selain Barcelona, sebuah lagi kelab dari wilayah Catalonia yang bersaing dalam La Liga sekarang ialah Espanyol.

Dan seandainya ini berlaku ia adalah satu tamparan hebat ke atas La Liga kerana Barcelona adalah kelab terkemuka dunia dan menarik perhatian peminat dari seluruh dunia.

"Saya tidak dapat bayangkan La Liga tanpa Barcelona...sama seperti saya tidak dapat bayangkan juga Sepanyol tanpa Catalonia," ujar Tebas.

Andorra pula adalah sebuah wilayah kecil yang terletak di Pergunungan Pyrenees di sempadan antara Sepanyol dan Perancis.

Dalam pada itu, dua pemain kanan Barcelona, Xavi dan Gerard Pique secara terbuka telah menyatakan sokongan mereka kepada kemerdekaan wilayah Catalonia.

Parlimen kerajaan autonomi Catalan pada 15 Oktober ini akan membuat keputusan muktamad sama ada akan meneruskan juga dengan referendum tersebut.

"Kami sepertimana warga dunia yang lain mempunyai hak untuk mengundi bagi menentukan masa depan kami. Malah kami perlu mengambil bahagian dalam undian tersebut kerana hanya dengan cara itu sahajalah pandangan setiap seorang daripada wara Catalan akan didengari," ujar Xavi dalam satu sidang media.

Xavi dan Pique buat masa ini adalah pemain antarabangsa Sepanyol.

Tidak pula diketahui apakah mereka akan melepaskan kewarganegaraan Sepanyol jika Catalonia memutuskan untuk merdeka.

Tags / Kata Kunci: Xavi , Gerard Pique , Barcelona , Catalonia , Catalan , Sepanyol , Andorra

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan