Saya Bukan Bodoh Atau Mudah Mengalah - Tony Fernandes

Diterbitkan: Selasa, 7 Oktober 2014 9:12 PM

Tony Fernandes

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemilik kelab Queens Park Rangers (QPR) Tan Sri Tony Fernandes tampil menjawab kritikan yang mengecam beliau kerana kekalahan 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris menentang West Ham pada Ahad.

"Saya bukan bodoh atau orang yang mudah mengalah. Apa yang saya boleh beri jaminan kepada peminat adalah, seperti biasa kita akan telus dan akan melakukan apa sahaja yang boleh untuk terus bangkit," katanya melalui Twitter.

Peminat-peminat kelab itu telah membantah prestasi lemah pasukan itu dalam liga setakat ini, yang telah meninggalkan mereka berada di kedudukan tercorot dengan hanya empat mata.

Pengguna laman sosial, MattQPR menulis di Twitter Fernandes melalui akaun @Rangersw12 : "Adakan satu forum peminat di untuk beberapa minggu akan datang kerana peminat perlukan jawapan. Anda membunuh kelab saya, keluarga saya telah memberi sokongan untuk lima generasi."

Bagaimanapun, Fernandes, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, mempertahankan pemainnya. 

Beliau menambah bahawa beliau tidak fikir pemainnya "tidak mencuba".

Fernandes mengingatkan pengikut Twitter beliau bahawa kelab itu telah bangkit daripada penyingkiran pada musim 2011/12 dan QPR telah berjaya ke Liga Perdana untuk musim seterusnya.

Walau bagaimanapun, beliau mengaku beliau bertanggungjawab untuk prestasi mereka dan berkata sesiapa sahaja tidak harus mempunyai alasan.
Tags / Kata Kunci: Tony Fernandes , QPR

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan