Aksi Kecederaan 'Terbaik' Dalam Bola Sepak - Bola Sepak | mStar

Aksi Kecederaan 'Terbaik' Dalam Bola Sepak

Diterbitkan: Selasa, 7 Oktober 2014 9:57 AM

(Ubah saiz teks)

MEDIA England menggelar pemain Chesterfield, Daniel Jones sebagai 'pelakon terbaik' kerana menggayakan aksi kesakitan luar biasa selepas dikasari pemain Sheffield United, Michael Higdon.

Dalam aksi tersebut, Higdon telah membentes Jones ketika pemain tersebut cuba melepasi halangan.

Jones yang jatuh kemudian mengelupur dalam keadaan luar biasa seperti menari sehingga pengadil melayangkan kad merah kepada Higdon.

Jones dikesan sengaja mengelupur berlebihan bagi menarik perhatian pengadil.

Dalam perlawanan tersebut Chesterfield berjaya menewaskan Sheffield 3-2.

Berikutan itu juga, Jones kini dianggap 'pelakon terbaik' yang perlu diberi perhatian supaya pengadil tidak terpedaya dengan lakonannya selepas ini.

Tags / Kata Kunci: Chesterfield , Sheffield United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan