Pemain Akademi Frenz United Timba Pengalaman Dua Minggu Di UK

Diterbitkan: Selasa, 7 Oktober 2014 7:28 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 24 pemain Akademi BolaSepak Frenz United (FUFC) akan berkelana selama dua minggu di United Kingdom sebagai persiapan awal untuk menghadapi Piala Antarabangsa Frenz 2015.

Penasihat Teknikal FUFC, Steve McMahon berkata kunjungan berkenaan dapat menambah ilmu daripada pasukan yang lebih baik selain menjadi kayu pengukur kepada persediaan pemain menghadapi kejohanan tersebut.

"Dengan peluang seperti ini, Frenz United akan berupaya untuk belajar, berlatih pada standard tertinggi terutamanya bersama barisan kejurulatihan Liverpool FC.

Pengalaman ini sudah tentunya begitu berharga," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

McMahon juga merupakan pengurus dan ketua jurulatih FUFC.

Berkongsi pandangan yang sama adalah seorang lagi Penasihat Teknikal akademi itu, Jita Singh, yang menyifatkan jelajah berkenaan sebagai medan terbaik untuk mengetengahkan bakat pemain akademi tersebut selain menimba pengalaman berguna berdepan pasukan yang hebat.

"Untuk beraksi menentang sebuah pasukan yang bagus, berlatih, menimba ilmu bersama mereka adalah dua perkara yang berbeza. Ilmu yang ditimba di sini tidak terdapat di mana-mana.

"Para pemain cukup bertuah untuk diberi peluang ini dan saya mahu mengucapkan tahniah kepada pengurusan Frenz United kerana menjadikannya satu realiti," kata Jita, yang juga bekas jurulatih Singapura era 80-an.

Kenyataan itu menyebut sepanjang jelajah selama dua minggu itu, pasukanFrenz United akan mengadakan tiga aksi persahabatan menentang pasukan Bawah 17 (B-17) Manchester City FC, Blackburn Rovers FC dan Liverpool FC, masing-masing pada 14, 16, dan 21 Oktober ini.

Pasukan Frenz United dijangka berlepas ke United Kingdom pada 12 Okt ini sebelum kembali ke tanah air pada 24 Okt. 

Jelajah berkenaan merupakan yang ketiga oleh pasukan berkenaan tahun ini selepas terlibat dalam siri jelajah di Vietnam dan Indonesia, masing-masing pada Jun dan Julai lalu.

Akademi Bola Sepak Frenz United yang berpangkalan di Janda Baik, Bentong,Pahang, merupakan sebuah akademi bola sepak yang ditubuhkan pada 2012 dengan matlamat mencungkil bakat pemain berpotensi berusia 17 tahun.

Tags / Kata Kunci: Frenz United , Liverpool FC , Steve McMohan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan