David De Gea Hampir Tinggal Man United - Bola Sepak | mStar

David De Gea Hampir Tinggal Man United

Diterbitkan: Selasa, 7 Oktober 2014 10:48 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Penjaga gol Manchester United, David de Gea mendedahkan dia hampir meninggalkan kelab itu ketika memulakan kariernya di Liga Perdana Inggeris.

Pemain berusia 23 tahun yang menjadi kunci kemenangan 2-1 United ke atas Everton pada Ahad beraksi cemerlang apabila berjaya menepis penalti Leighton Baines.

Dia kemudian turut memperagakan aksi akrobatik ketika menepis keluar percubaan Leon Osman and Bryan Oviedo.

"Ia merupakan persembahan terbaik saya di Manchester United. Saya sangat gembira tentangnya.

"Permainan seperti itu akan membantu membina keyakinan anda," katanya.

Perpindahan impian De Gea dari Atletico Madrid ke United bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia disalahkan terhadap dua gol ketika kelabnya menang ke atas Manchester City dalam saingan Perisai Komuniti.

Kesilapan itu kemudian berulang apabila United bertemu Basle dan Benefica sehingga menyebabkan kelab itu keciciran mata.

"Ia agak sukar apabila anda menerima banyak kritikan seperti yang berlaku pada saya. Tetapi apabila bermain di kelab besar seperti United, kritikan akan menjadi biasa buat diri anda," jelasnya.


 
Tags / Kata Kunci: David De Gea , Manchester united
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan