Park Ji-sung Diumum Sebagai Duta Khas Manchester United Yang Ke-6

Diterbitkan: Isnin, 6 Oktober 2014 1:11 PM

Park Ji-sung diperkenalkan oleh bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson sebagai duta baru kelab tersebut sejurus sebelum perlawanan menentang Everton di Old Trafford pada Ahad, 5 Oktober 2014.

(Ubah saiz teks)

> Park Ji-sung diperkenalkan sebagai duta rasmi Manchester United oleh Sir Alex Ferguson

> Dia adalah duta kelab yang keenam selepas Sir Bobby Charlton, Andrew Cole, Ferguson, Denis Law dan Bryan Robson

> Pelantikannya dibuat di Old Trafford, sebelum perlawanan menentang Everton pada Ahad

> Park bermain untuk United dari 2005 hingga 2012 & memenangi 8 kejuaraan utama

BEKAS pemain tengah Manchester United, Park Ji-sung telah diumumkan sebagai duta khas kelab itu sejurus sebelum perlawanan menentang Everton di Old Trafford pada tengah hari Ahad, sekaligus menjadikannya sebagai duta rasmi yang keenam yang pernah dilantik oleh United.

Pengumuman mengenai pelantikannya itu dibuat oleh bekas pengurus United sendiri, Sir Alex Ferguson di hadapan lebih 75,000 penonton setia kelab tersebut.

Selain Park, lima lagi duta khas United ialah Bobby Charlton, Andrew Cole, Denis Law, Bryan Robson dan Ferguson sendiri.

Sebagai duta khas, Park akan memainkan peranan mempromosi aktiviti tahunan kelab khususnya kerja-kerja komuniti juga mempromosikan peranan yang turut dimainkan oleh rakan kongsi kelab.

Dia juga dari semasa ke semasa akan diminta menceritakan pengalamannya bermain untuk United sepanjang kariernya bersama kelab itu sebagai motivasi kepada pemain-pemain muda dan remaja di serata dunia.

Park, 33, telah bermain selama tujuh musim bersama United iaitu dari tahun 2005 hingga 2012, memenangi empat kejuaraan liga, tiga piala Carling, satu piala Liga Juara-Juara Eropah, satu Piala Kelab Fifa dan dua Piala Perisai Komuniti.

Dia kemudiannya menyertai QPR serta PSV Eindhoven tetapi terpaksa bersara musim ini kerana kecederaan lutut yang berpanjangan.

Bekas pemain antarabangsa Korea Selatan itu dianggap sebagai pemain Asia paling berjaya dan terkenal di Eropah serta Liga Perdana Inggeris.

"Saya memiliki memori yang indah dan manis bersama kelab ini dan kini saya dengan bangganya menerima pelantikan sebagai duta khas Manchester United.Ini bermakna saya berpeluang untuk sekali lagi mewakili kelab ini sebagai duta," ujarnya.

Sejak Park menyertai Manchester United, nilai pasaran komersial kelab itu di Korea Selatan telah meningkat dengan mendadak. 

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan