Pemain Man United, Adnan Januzaj Ucap Selamat Hari Raya - Bola Sepak | mStar

Pemain Man United, Adnan Januzaj Ucap Selamat Hari Raya

Diterbitkan: Isnin, 6 Oktober 2014 3:45 PM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN sayap Manchester United, Adnan Januzaj tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam menerusi laman sosial Facebooknya.

Status pemain Belgium itu turut dikongsi oleh peminatnya di seluruh dunia termasuk mereka yang bukan Islam.

Januzaj, pemain muda United beragama Islam tidak diturunkan Louis Van Gaal ketika kelab berkenaan bertemu Everton pada Ahad.

Dalam perlawanan itu, United berjaya menewaskan Everton 2-1 hasil jaringan Radamel Falcao dan Angel Di Maria manakala Everton memperolehi jaringan tunggal menerusi Steven Naismith.

Selain Januzaj, seorang lagi pemain beragama Islam di United ialah Marouane Fellaini yang juga berasal dari Belgium.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan