Welbeck Cipta Hatrik, Arsenal Benam Galatasaray 4-1

Diterbitkan: Khamis, 2 Oktober 2014 9:16 AM

(Ubah saiz teks)

DANNY Welbeck berjaya menghasilkan hatrik pertama dalam kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional ketika membantu Arsenal membenam Galatasaray 4-1 dalam saingan kumpulan D, Liga Juara-juara Eropah awal pagi Khamis.

Dalam perlawanan di Stadium Emirates itu, Arsenal hanya perlu menunggu selama 22 minit selepas perlawanan dimulakan untuk mendapatkan gol pertama menerusi Welbeck.

Danny Welbeck prods the ball past Galatasaraay goalkeeper Fernando Muslera to open the scoring for Arsenal in the Champions League at the Emirates Stadium

Bekas pemain Manchester United itu kembali membuktikan bisanya apabila meledakkan gol kedua pada minit ke-30 sebelum Alexis Sanchez menjadikan kedudukan 3-0.

Semangat juang pemain Arsenal untuk menghadiahkan kemenangan kepada jurulatih mereka, Arsene Wenger yang menyambut ulang tahun ke-18 di kelab berkenaan tidak terhenti di situ.

Welbeck (centre) is congratulated by his Arsenal team-mates after netting his first ever Champions League goal for Arsenal at the Emirates Stadium on Wednesday

Sebaliknya, Welbeck terus memburu gol ketiga yang hadir pada minit ke-52, sekaligus berjaya mengutip hatrik pertama bagi dirinya dalam kerjaya sebagai pemain profesional.

Kegembiraan Arsenal bagaimanapun dikejutkan dengan layangan kad merah kepada penjaga gol mereka, Wojciech Szczesny pada minit ke-60.

Sepakan penalti yang diberikan kepada Galatasaray berikutan kesalahan Szczesny telah disempurnakan oleh Burak Yilmaz untuk menjadikan kedudukan 4-1 pada minit ke-63.

Berikutan kemenangan pertama Arsenal dalam Liga Juara-juara Eropah itu, kelab tersebut kini menghuni tangga kedua kumpulan D dengan tiga mata di belakang pendahulunya Borussia Dortmund.

In an almost identical finish to the first goal, Danny Welbeck doubles Arsenal's advantage at the Emirates with a tidy finish past the on-coming Fernando Muslera


Tags / Kata Kunci: Arsenal , Galatasaray

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan