Totti Pemain Paling Tua Jaring Gol, Ikat Man City

Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2014 9:21 AM

(Ubah saiz teks)

FRANCESCO Totti berjaya melakar rekod baharu sebagai pemain paling tua yang menjaringkan gol dalam Liga Juara-juara Eropah ketika membantu Roma mengikat Manchester City di Stadium Etihad pada Rabu.

Rekod jaringan oleh pemain paling tua dalam saingan tersebut sebelum ini dipegang oleh penolong jurulatih Manchester United, Ryan Giggs.

Francesco Totti lifts the ball over the body of Joe Hart to become the oldest Champions League scorer

Totti, 38, mengatasi rekod Giggs yang berjaya menjaringkan gol pada usia 37 tahun 289 hari ketika mewakili United.

Jaringan mudah Totti menewaskan Joe Hart dalam saingan kumpulan E itu merupakan gol ke-17 peribadinya bagi Liga Juara-juara Eropah.

Dalam perlawanan itu, City terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Sergio Aguero.

Harapan penyokong City untuk melihat pasukan terbabit bangkit memungut tiga mata menerusi kemasukan Frank Lampard bagaimanapun tidak kesampaian kerana permainan berakhir dengan keputusan 1-1.

Kehadiran penyokong City juga dikritik oleh pemerhati kerana terdapat kekosongan lebih 10,000 tempat duduk manakala penonton yang hadir dianggarkan berjumlah 37,509.


 
Tags / Kata Kunci: Manchester City , Roma

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan