Arsenal Ikat Giroud Hingga 2018

Diterbitkan: Selasa, 30 September 2014 9:51 AM

Olivier Giroud

(Ubah saiz teks)

BERITA baik untuk peminat Arsenal. Pemain berasal dari Perancis, Olivier Giroud, menandatangani perjanjian baharu dengan pasukan itu yang membolehkan dia terus menabur khidmat sehingga 2018.


Arsenal dijangka mengumumkan perkara itu dalam tempoh beberapa minggu lagi selepas kedua-dua pihak menyatakan persetujuan untuk melanjutkan tempoh kontrak selama dua tahun lagi.

Ketika ini Giroud, 27, masih berehat akibat kecederaan dan hanya mungkin cergas sepenuhnya selepas tahun baru nanti.

Bagaimanapun pelanjutan kontrak itu dilaporkan menjadi penawar untuk penyerang berkenaan sementara dia menunggu kesan pembedahan akibat patah tulang kaki kirinya ketika menentang Everton bulan lalu.

Sumber berkata, perjanjian baru di antara Giroud dan Arsenal itu bernilai £80,000 (RM 426,076) seminggu sebagai penghargaan atas prestasinya untuk dua musim terdahulu.

Ia juga membayangkan kedudukan Giroud semakin terjamin dalam perancangan jangka panjang pengurusnya, Arsene Wenger.

Sementara itu menjelang pertemuan dengan Chelsea Sabtu ini Jack Wilshere dilaporkan bakal pulih sepenuhnya dan layak diturunkan.

Namun keadaan semasa tidak membolehkan dia bermain menentang Galatasaray awal pagi Khamis ini.

Selain Wilshere beberapa pemain utama Arsenal juga cedera, seperti Aaron Ramsey dan Mikel Arteta.

Ramsey dijangka akan direhatkan selama kira-kira sebulan akibat kecederaan hamstring manakala Arteta selama tiga minggu.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Olivier Giroud

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan