Kad Merah: Rooney Kecewa Terlepas Tiga Perlawanan

Diterbitkan: Isnin, 29 September 2014 1:03 PM

Rooney dilayangkan kad merah selepas berlaku kekasaran terhadap pemain West Ham United.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER: Wayne Rooney mengaku tersalah percaturan ketika beraksi dipadang hingga dilayangkan kad merah dalam perlawanan Manchester United menentang West Ham United.


Menjadikan enam kad merah semuanya yang diterima sepanjang kariernya, Rooney juga menerima keputusan pengadil dan menganggap dia mememang patut diarah keluar padang.

Perlawanan yang membawa kemenangan 2-1 kepada MU itu bagaimanapun menyaksikan ketua pasukan itu diarah keluar padang selepas insiden kekasaran ke atas pemain Hammers, Stewart Downing.

Mendapat kepercayaan Louis van Gaal untuk mengetuai pasukan kendaliannya di Old Trafford musim ini, pemain berusia 28 tahun itu sekali lagi menjadi tumpuan.

"Kali ini saya tersalah perkiraan dan saya tidak fikir ia akan memberi manfaat kepada sesiapapun untuk membuat rayuan.

"Ketika itu, saya melihat pemain West Ham melakukan serangan balas dan saya cuba untuk mematahkan gerakan itu," katanya.

Disebabkan kad merah itu, Rooney juga terlepas aksi Liga Perdana Inggeris menentang bekas kelabnya, Everton, Chelsea dan West Brom akibat penggantungan.

Mengenai tindakannya hanya meminta maaf kepada rakan sepasukannya, bukan Downing, Rooney berkata: "Tidak. Saya bukan sengaja menendangnya."

"Saya hanya cuba untuk menyekatnya namun dia berjaya menjarakkan diri daripada saya dan kerana itu kaki saya nampak lebih lurus daripada yang sepatutnya dan ia jelas mengapa pengadil memberikan kad merah," katanya.

Rooney yang meledak gol pertama MU pada perlawanan itu begitupun masih boleh beraksi pada kelayakan Euro 2016 menentang San Marino dan Estonia, bulan depan.

Begitupun, kapten England itu hanya boleh beraksi bersama MU sehingga akhir November ketika menentang Manchester City.

"Saya kecewa kerana terlepas tiga perlawanan. Ia sukar untuk diterima. Namun perlawanan untuk England sedikit membantu dan latihan juga baik." 

Tags / Kata Kunci: Wayne Rooney , kad merah , West Ham United

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan