Piala Liga: Man City, Chelsea Rebut Laluan Ke Final

Diterbitkan: Khamis, 25 September 2014 9:44 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Manchester City membelasah Sheffield Wednesday 7-0 manakala Chelsea membenam Bolton Wanderers 2-1 bagi membolehkan kedua-dua pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris  itu menjadi pesaing dalam merebut gelaran juara Piala Liga.

City mempamerkan taringnya dengan menghasilkan tujuh gol dalam tempoh 45 minit separuh masa kedua menerusi dua jaringan Frank Lampard dan Edin Dzeko.

Lampard tampil sebagai hero dengan menghasilkan jaringan pembukaan pada minit ke-47 selepas mendapat hantaran James Milner bagi membolehkan bekas pemain Chelsea itu menjaringkan gol kedua peribadi.

Lampard menghasilkan jaringan pertama ketika bertemu Chelsea Ahad lalu.

"Saya sangat gembira kerana  melihat aksi sebuah pasukan seperti tahun lepas.

"Cubaan untuk mengekalkan piala adalah sangat penting. Tetapi apa yang lebih penting ialah pemain bermain seperti yang dikehendaki," kata pengendali City, Manuel Pellegrini.

Sementara itu, Chelsea kembali memberi kepercayaan kepada Petr Cech untuk mengawasi sudut paling berharga dalam permainan bagi mendapatkan kemenangan ketika menentang Bolton.

Gol Chelsea dijaringkan oleh Kurt Zouma yang turut membuat penampilan pertama pada minit ke-25 sebelum Matt Mills menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun, Oscar memberi kemenangan kepada Chelsea dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-55.

Tags / Kata Kunci: Piala Liga , Chelsea , Manchester City

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan