Balotelli Dihina Kerana Persenda MU

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2014 10:09 AM

(Ubah saiz teks)

MARIO Balotelli dikecam dengan penghinaan perkauman selepas dia mentertawakan kekalahan pasukan Manchester United di tangan Leicester City.

Media sosial dipenuhi dengan kata-kata keji terhadap penyerang Liverpool kelahiran Palermo, Itali tu menulis di Twitter: “Man utd ... LOL.”

Satu daripada pengguna Twitter membalas tweet Balotelli itu dengan mengejeknya: “Monyet, monyet, monyet, monyet, monyet.”

Seorang lagi yang menggunakan nama Maroc menulis: “Kau monyet (perkataan memaki). Oo Oo ah ah."

Antara kecaman paling teruk ialah: “(Memaki) Mario! Pergi makan pisang dan biar dijangkiti Ebola. Kau monyet pengotor.”

Walaupun lahir di Itali, ibu bapa Balotelli berasal dari Ghana, Afrika – benua yang kini berdepan ancaman wabak maut Ebola.

Dia memang dikenali dengan pelbagai kerenah dan kontroversi, sama ada di dalam atau di luar padang.

Di sebalik kecaman itu, peminat Liverpool kemudian tampil membela Balotelli dengan sesetengahnya melanjutkan tweet rasis itu kepada polis untuk mendapat tindakan lanjut.

Jurucakap polis Merseyside kemudian mengesahkan mereka sudah memulakan siasatan terhadap kes berkenaan.

“Polis sedang mengkaji komen penghinaan yang dibuat di Twitter mengenai Mario Balotelli,” katanya.

MU gagal mencatat kemenangan kedua dalam persaingan musim kali ini walaupun mendahului Leicester City 3 – 1 malam Ahad.

Selain kalah 5 -3 , MU juga kehilangan seorang pemainnya, Tyler Blackett, apabila diberi kad merah kerana menjatuhkan Jamie Vardy dalam kotak penalti.


Tags / Kata Kunci: Twitter , Mario Balotelli

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan