Skuad Harimau Muda A 'Bungkus Awal' Tewas 3-0 Kepada Arab Saudi

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2014 11:26 PM

Ong Kim Swee

Ong Kim Swee.

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Skuad Harimau Muda A 'bungkus awal' selepas tumpas 3-0 kepada Arab Saudi pada perlawanan penutup pusingan pertama kumpulan A di Stadium Goyang, dekat sini, Isnin.

Harapan skuad bola sepak bawah 23 tahun negara untuk mara ke peringkat suku akhir seperti yang ditetapkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) lebur apabila gagal melepasi pusingan pertama.

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee bermula garang apabila pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor melakukan cubaan seawal minit kedua namun gagal menjaringkan sebarang gol.

Arab Saudi menguatkan jentera serangan apabila Abdul Aziz Ali M Albishi melakukan cubaan di luar kotak penalti pada minit ke-30 namun melepasi gawang gol yang dikawal kemas oleh Mohamad Izham Tarmizi Roslan.

Malaysia terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemain pertahanan negara, Muhammad Zubir Mohd Azmi dikenakan kad merah oleh pengadil perlawanan, Pu Udom pada minit ke-32 kerana mengasari pemain Arab Saudi.

Bersambung pada babak kedua perlawanan, penjaga gawang negara Mohamad Izham menyelamatkan maruah negara apabila berjaya menendang keluar cubaan yang dilakukan oleh Abdul Karim Ayidh M Al Qahtani pada minit ke-50.

Kelekaan pada barisan pertahanan negara mengundang padah apabila kapten pasukan Arab Suadi, Abdullah Fareed I Alhafith menjaringkan gol pada minit ke-55.

Malaysia membuat pertukaran penjaga gol Shahrul Mohd Saad dengan menggantikan Mohamad Izham pada minit ke-61 yang mengalami kecederaan pada bahagian buku lali.

Arab Saudi mengandakan jaringan pada minit ke-72 menerusi Majed Omar A Kanabah hasil hantaran lintang Abdul Karim Ayidh M Al Qahtani sebelum Ahmed Hassan J Al Shehri mengesahkan kemenangan kepada Arab Saudi pada minit ke-83.

Dalam saingan Sukan Asia di sini, Malaysia kalah 3-0 kepada tuan rumah Korea Selatan dan menang 4-0 kepada Laos.

Tags / Kata Kunci: Harimau Muda A , tewas , Sukan Asia

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan