Khairy Yakin Sasaran Lapan Pingat Emas Sukan Asia Tercapai

Diterbitkan: Ahad, 21 September 2014 2:09 PM

khairy

Khairy Jamaluddin. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kemenangan luar jangka emas pertama negara menerusi acara wushu pada hari pertama pembukaan Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan, semalam mencetuskan momentum untuk mencipta kejayaan memperoleh pingat emas seperti disasarkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kejayaan atlet wusuh negara, Tai Cheau Xuan membuktikan kemampuannya yang setanding atlet handalan dunia dengan menewaskan jaguh dunia dari China, Wei Hong sekali gus memberi rangsangan kepada kontinjen negara untuk mencapai sasaran lapan pingat emas pada kejohanan sukan itu.

"Kemenangan kita semalam adalah di luar jangkaan. Kita memang ada sasaran dalam sukan wushu tetapi semalam atlet kita berjaya mengalahkan juara dunia. Saya yakin kebolehan kontinjen Malaysia dan kemampuan atlet negara...selepas membuat persiapan selama empat tahun dan kejayaan pasti akan jadi milik kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program FitMalaysia-Sabah di Teluk Likas dekat sini, Ahad.

Beliau mengulas kejayaan Tai, 24, yang merangkul emas acara gabungan Nanquan/Nandao wanita.

Pelancaran pelepasan Fit Malaysia Run itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Khairy turut menaruh keyakinan terhadap kebolehan skuad Harimau Muda A (Bawah 23) kendalian Datuk Ong Kim Swee berhadapan Arab Saudi pada Ahad selepas meraih kemenangan 4-0 ke atas Laos dalam acara bola sepak Sukan Asia 2014 di Stadium Ansan Wa, Korea Selatan, Rabu lepas.

"Pasukan bola sepak skuad Harimau Muda telah mempamerkan sentuhan kemenangan selepas menentang Loas yang pasti memberi mood pasukan yang positif. 

"Saya menaruh keyakinan tinggi kepada pilihan pemain yang dikendali jurulatih (Ong) yang pasti membuat keputusan bijak. Kita memerlukan jurulatih yang profesional yang dapat membuat penilaian dan pemantauan, kalau kalah kita terima dan membuat post mortem," katanya.

Mengulas mengenai program FitMalaysia-Sabah, Khairy teruja dengan sambutan 10,000 peserta terutamanya golongan belia di negeri ini dalam pelbagai acara termasuk aktiviti larian, kayuhan dan senaman kecergasan.

Beliau berkata program itu akan diperluaskan ke seluruh negara termasuk ke beberapa daerah lain di Sabah pada masa akan datang.

Program FitMalaysia dilancarkan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 7 September lepas sebelum siri jelajah bermula di Melaka pada 14 September.

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , pingat emas , Sukan Asia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan