Harimau Muda A 'Bungkus Awal', Tewas 3-0 Kepada Arab Saudi

Diterbitkan: Ahad, 21 September 2014 7:21 PM

Pemain Malaysia Mohd Nor Farhan Muhammad diasak oleh pemain-pemain Arab Saudi di Stadium Goyang di sini malam Ahad. Malaysia tewas 3-0 kepada Arab Saudi. -Foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Skuad Harimau Muda A 'bungkus awal' selepas tumpas 3-0 kepada Arab Saudi pada perlawanan penutup pusingan pertama kumpulan A di Stadium Goyang, dekat sini pada Ahad.

Harapan skuad bola sepak bawah 23 tahun negara untuk mara ke peringkat suku akhir seperti yang ditetapkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) lebur apabila gagal melepasi pusingan pertama.

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee bermula garang apabila pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor melakukan cubaan seawal minit kedua namun gagal menjaringkan sebarang gol.

Arab Saudi menguatkan jentera serangan apabila Abdul Aziz Ali M Albishi melakukan cubaan di luar kotak penalti pada minit ke-30 namun melepasi gawang gol yang dikawal kemas oleh Mohamad Izham Tarmizi Roslan.

Malaysia terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemain pertahanan negara, Muhammad Zubir Mohd Azmi dikenakan kad merah oleh pengadil perlawanan, Pu Udom pada minit ke-32 kerana mengasari pemain Arab Saudi.

Bersambung pada babak kedua perlawanan, penjaga gawang negara Mohamad Izham menyelamatkan maruah negara apabila berjaya menendang keluar cubaan yang dilakukan oleh Abdul Karim Ayidh M Al Qahtani pada minit ke-50.

Kelekaan pada barisan pertahanan negara mengundang padah apabila kapten pasukan Arab Suadi, Abdullah Fareed I Alhafith menjaringkan gol pada minit ke-55.

Malaysia membuat pertukaran penjaga gol Shahrul Mohd Saad dengan menggantikan Mohamad Izham pada minit ke-61 yang mengalami kecederaan pada bahagian buku lali.

Arab Saudi mengandakan jaringan pada minit ke-72 menerusi Majed Omar A Kanabah hasil hantaran lintang Abdul Karim Ayidh M Al Qahtani sebelum Ahmed Hassan J Al Shehri mengesahkan kemenangan kepada Arab Saudi pada minit ke-83.

Dalam saingan Sukan Asia di sini, Malaysia kalah 3-0 kepada tuan rumah Korea Selatan dan menang 4-0 kepada Laos.

Tags / Kata Kunci: Sukan Asia , Harimau Muda A

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan