Van Gaal Akui C Ronaldo Akan Bersama Man United

Diterbitkan: Sabtu, 20 September 2014 11:15 AM

(Ubah saiz teks)

LOUIS van Gaal mengakui Manchester United akan membawa pulang Cristiano Ronaldo ke Liga Perdana Inggeris pada musim depan.

Walaupun telah membelanjakan sebanyak £151.3 juta pada tingkap perpindahan baru-baru ini, namun United bersedia bagi melakukan pembelian mega dengan mendapatkan bintang Real Madrid itu.

Pada masa sama, United juga akan mendapatkan bintang Roma, Kevin Strootman - pemain tengah yang menjadi sasaran Van Gaal - walaupun Roma mahukan sebanyak £46 juta.

Van Gaal ketika ditanya mengenai potensi pemindahan Ronaldo ke Old Trafford berkata,"Ia mungkin seperti yang saya katakan, dengan adanya Falcao, pemain seperti Ronaldo akan memberi tambahan kepada kami.

Ronaldo meninggalkan United pada 2009 untuk bersama Real Madrid dengan rekod pemindahan dunia iaitu sebanyak £80 juta.

Pemindahan Ronaldo ke United dikuatkan dengan kenyataan Presiden Real Madrid, Ramon Calderon baru-baru ini bahawa pemain berusia 29 tahun itu bakal berhijrah.

Kepulangan Ronaldo pada usia 30 tahun pada tahun depan memaksa pemain itu menuntut gaji sebanyak £350,000 seminggu selepas cukai.

Berikutan itu, United dilaporkan bersedia untuk memastikan Ronaldo dapat bersama skuad terbabit dan tiada pasukan lain yang berjaya memintas mereka.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan