Malaysia Benam Kemboja 4-1

Diterbitkan: Sabtu, 20 September 2014 10:33 PM

Pemain Malaysia Joseph Kalang Tie membuat percubaan menjaringkan gol pertama pasukan negara semasa perlawanan persahabatan menentang Kemboja di Stadium Shah Alam pada Sabtu. Skuad negara berjaya menumpaskan Kemboja dengan 4-1. -Foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Selepas kalah dalam dua aksi persahabatan terdahulu, skuad Harimau Malaya akhirnya meraih kemenangan sulung dengan menundukkan Kemboja 4-1 di Stadium Shah Alam, di sini, malam Sabtu.

Kemenangan itu sekali gus memulihkan semula imej skuad kendalian Dollah Salleh itu selepas mempamerkan prestasi hambar dalam dua aksi persahabatan terdahulu.

Malaysia kalah 1-4 kepada Tajikistan di Stadium Central, Dushanbe, Tajikistan pada 8 Ogos lalu sebelum kalah 0-2 kepada Indonesia di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya, Indonesia, Ahad lepas.

Pada aksi malam ini, skuad kebangsaan mempamerkan corak menyerang menerusi gandingan Abdul Manaf Mamat dan Ahmad Fakri Saarani sebaik sahaja pengadil dari Brunei, Mohd Hadimin Shahbuddin meniupkan wisel perlawanan.

Malaysia berada di depan seawal minit kelapan menerusi Joseph Kalang Tie yang bijak mencuri bola daripada kawalan pertahanan lawan sebelum mudah menolak masuk bola bagi menewaskan penjaga gol Kemboja, Sou Yaty.

Skuad Harimau Malaya menambah jaringan kedua pada minit ke-15 menerusi jaringan pemain Kemboja, Moul Daravron yang menampan masuk bola ke dalam gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan tampanan bola daripada Sou Yaty.

Bersambung babak kedua, perlawanan kembali seimbang dengan pasukan Kemboja cuba melakukan serangan balas namun skuad negara yang berjaya menambah gol ketiga menerusi Kalang Tie pada minit ke-65 yang bijak memanfaatkan hantaran daripada pemain gantian, Bobby Gonzalez.

Kemboja yang tidak berputus asa kembali menyusun permainan dan berjaya menghukum kealpaan barisan pertahanan negara hasil percubaan Sok Chanraksmey pada minit ke-80.

Kegembiraan mereka tidak bertahan lama apabila pemain gantian, Baddrol Bakhtiar mengesahkan kemenangan mutlak skuad Harimau Malaya selepas meledak gol keempat pada minit ke-82 menerusi sepakan kencang daripada luar kotak penalti.

Dalam pada itu, Dollah kurang berpuas hati dengan persembahan anak buahnya walaupun menang bergaya kerana beliau masih mencari pemain yang mampu mencipta banyak peluang kepada pemain lain untuk menjaringkan gol.
 
"Kalau nak diikutkan, saya masih tidak berpuas hati dengan persembahan pasukan malam ini tetapi saya anggap kemenangan ini satu suntikan semangat kepada pasukan.
 
"Malam ini, saya lihat Joseph merealisasikan satu permainan yang saya idamkan namun saya masih belum temui 22 pemain untuk Kejohanan Piala AFF Suzuki pada November ini," kata pengendali kelahiran Melaka itu.

Sementara itu, ketua jurulatih Kemboja, Tae Hoon Lee, memuji persembahan Malaysia yang telah memberi pengalaman berguna kepada barisan mudanya.

Kemboja sedang membuat persiapan menghadapi pusingkan kelayakan Piala AFF Suzuki di Laos pada pertengahan bulan depan.
 
"Malaysia mempunyai barisan pemain yang baik...pasukan kami perlu memperbaiki dari segi teknikal dan kemahiran," kata jurulatih Korea Selatan itu.

Beliau berkata mereka akan bertemu dengan Indonesia pada perlawanan persahabatan pada 29 Sept ini.

Skuad Harimau Malaya akan menentang Terengganu pada perlawanan amal di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, Rabu ini.

Mereka akan melengkapkan aksi persahabatan antarabangsa berdepan Jordan pada
11 Oktober ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Penjaring:

Malaysia: Joseph Kalang Tie (minit kelapan dan 65'), Moul Daravron (15'- gol sendiri), Baddrol Bakhtiar (82').

Kemboja: Sok Chanraksmey (80')

Pengadil: Mohd Hadimin Shahbuddin (Brunei).


Tags / Kata Kunci: Malaysia , Kemboja

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan