Selepas Ole Gunnar Solskjaer, Kini Giliran Felix Magath Pula Dipecat

Diterbitkan: Jumaat, 19 September 2014 11:58 AM

Fulham terpaksa memecat pengurus mereka, Felix Magath selepas kelab itu kini berada di tangga terbawah Liga Kejuaraan.

(Ubah saiz teks)

> Felix Magath akhirnya dipecat oleh Fulham

> Jawatannya kini disandang buat sementara waktu oleh Kit Symons

> Fulham berada di tangga paling bawah Liga Kejohanan

> Suatu ketika dahulu Fulham adalah antara kelab terkuat EPL

> Pernah menjadi naib juara Liga Europa

> Fulham kehilangan tiga pengurus sejak Julai 2013

> Pemilik, Shahid Khan sebelum ini telah memecat Martin Jol dan Rene Muelensteen

> Bekas pengurus Celtic, Neil Lennon antara calon penganti

KELAB dari kota London, Fulham akhirnya telah memecat pengurus mereka, Felix Magath yang sebelum ini dikenali sebagai seorang yang mempunyai reputasi ala ketenteraan dan mampu menyelamatkan kelab di bawah pimpinannya.

Keputusan untuk memecatnya itu diambil selepas Fulham berada di tangga tercorot liga dan hanya memperolehi satu mata daripada tujuh perlawanan.

Buat masa ini, pengurus skuad remaja, Kit Symons mengambil alih sebagai pengurus sementara.

Semalam sebuah lagi kelab di Liga Kejuaraan iaitu Cardiff City memecat Ole Gunnar Solskjaer, hanya lapan bulan selepas dilantik sebagai pengurus.

Solskjaer sepertimana Magath juga gagal menyelamatkan kelab mereka daripada tersingkir ke liga bawah musim lalu.

Cardiff dan Fulham adalah bekas kelab Liga Perdana Inggeris.

Fulham yang kini dimiliki oleh seorang usahawan kaya peralatan alat ganti dari Amerika Syarikat bernama Shahid Khan, menegaskan dalam satu kenyataan: "Pengerusi kelab iaitu Shahid Khan telah menamakan Kit Symons sebagai pengurus sementara selepas memutuskan yang pihak kelab menamatkan khidmat Felix Magath. Encik Khan ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Magath di atas khidmatnya selama tiga bulan terakhir sepanjang musim lalu dan juga sepanjang tujuh perlawanan permulaan musim ini. Ini adalah satu situasi malang tetapi harus diambil oleh pihak kelab."

Shahid Khan pada mulanya berat hati untuk melakukan satu lagi pemecatan ke atas pengurusnya selepas terpaksa berbuat demikian dua kali sebelum ini menyedari bahawa tindakannya itu akan dilihat sebagai suatu tindakan yang tidak sabar tetapi dia tidak mempunyai banyak pilihan.

Sebelum ini Shahid Khan telah memecat dua lagi nama besar dalam dunia pengurusan bolasepak Eropah iaitu Martin Jol dan Rene Meulensteen sejak dia mengambil alih kelab itu dari Mohamed Al Fayad pada Julai 2013.

Magath datang ke Fulham dengan reputasi yang besar iaitu untuk menyelamatkan kelab tersebut daripada tersingkir ke liga bawah tetapi dia gagal dalam misi tersebut.

Dia juga pernah memimpin kelab-kelab ternama seperti Bayern Munich pada 2004 dan VfL Wolfsburg pada 2007 yang mana kemudiannya berjaya membawa kelab-kelab berkenaan menjuarai Liga Jerman. Dia dinobatkan sebagai pengurus terbaik Liga Jerman sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2003, 2005 dan 2009.

Bagaimanapun Magath akan lebih diingat kerana regim latihannya yang dikenali sebagai regim tentera di Jerman. Dia dibenci oleh sebahagian besar pemain-pemainnya yang tidak tahan dengan regim latihannya.

Kini bekas pengurus kelab Scotland, Celtic iaitu Neil Lennon disebut-sebut sebagai calon popular untuk mengambil alih jawatan pengurus secara tetap.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan