Sukan Asia: Kemenangan Ke Atas Laos Tonik Hadapi Arab Saudi - Khairy - Bola Sepak | mStar

Sukan Asia: Kemenangan Ke Atas Laos Tonik Hadapi Arab Saudi - Khairy

Diterbitkan: Khamis, 18 September 2014 4:31 PM

Harimau Muda A menewaskan Laos 4-0 pada aksi kumpulan Sukan Asia pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kemenangan 4-0 yang diraih skuad Harimau Muda A (Bawah 23) ke atas Laos dalam acara bola sepak Sukan Asia 2014 di Stadium Ansan Wa, Korea Selatan pada Rabu menjadi pembakar semangat untuk Malaysia melakar kejutan ke atas Arab Saudi.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata walaupun Arab Saudi dijangka memberi saingan hebat kepada skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu, namun beliau yakin mereka akan memberi persembahan terbaik pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Goyang pada Ahad ini. 

"Walaupun ada sesetengah pihak menganggap kemenangan (4-0) itu mudah, ia penting dari segi psikologi supaya para pemain negara belajar daripada kesilapan ketika menentang Korea Selatan tempoh hari.

"Kita perlu ada keyakinan, kalau tiada, susah hendak menang, jadi kemenangan semalam adalah penting," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan prapelancaran Pelan Strategik Institut Sukan Negara (ISN) 2015-2025 di Dewan Perdana, ISN pada Khamis.

Sebagai rekod, skuad Harimau Muda A kalah 0-3 kepada Korea Selatan pada aksi pembukaan kumpulan di Stadium Munhak, Ahad lepas sebelum bangkit membenam Laos tiga hari kemudian.

Pendahulu Kumpulan A, Korea Selatan mengesahkan slot ke pusingan kedua selepas melakar kemenangan kedua dengan menundukkan Arab Saudi 1-0 di venueyang sama pada Rabu.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletakkan sasaran suku akhir kepada skuad Harimau Muda A kali ini.

Tags / Kata Kunci: sukan asia
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan