Gol Babak Akhir Jerome Boateng Beri Kemenangan Tipis Bayern Munich

Diterbitkan: Khamis, 18 September 2014 7:27 AM

Jerome Boateng (kiri) dan Juan Bernat (kanan) meraikan jaringan buat Bayern Munich ketika menentang Manchester City dalam perlawanan Liga Juara-Juara di Munich, Jerman, awal pagi Khamis. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

BAYERN Munich memperlihatkan corak permainan yang dominan dan agresif sepanjang perlawanan ketika menentang Manchester City, awal pagi Khamis. 

Ini merupakan perlawanan buat kali kelima dalam tempoh empat tahun, gergasi Eropah, Bayern Munich dan Manchester City bertemu lagi dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Pasukan dengan gelaran FC Hollywood ini memastikan kemenangan tipis dengan keputusan 1-0, menerusi hasil jaringan babak akhir Jerome Boateng.

Bayern Munich menewaskan Manchester City di Fussball Arena di Munich, Jerman pada awal pagi Khamis. Dengan sokongan penuh para penyokong tuan rumah, pasukan itu memperlihatkan permainan agresif dan lebih banyak mengadakan serangan terhadap pihak lawan.

Jerome Boateng yang membuat jaringan pada akhir babak kedua sekali gus penentu kemenangan Bayern Munich ke atas Manchester City.

Barisan pemain:

Bayern Muenchen: Manuel Neuer; Medhi Benatia (Dante 85'), Rafinha (Claudio Pizarro 84'), Jerome Boateng, Juan Bernat; Xabi Alonso, Philipp Lahm, David Alaba; Robert Lewandowski, Mario Gotze, Thomas Mueller (Arjen Robben 76'). 

Manchester City: Joe Hart; Bacary Sagna, Vincent Kompany, Gael Clichy, Martin Demichelis; Samir Nasri (James Milner 58'), Jesus Navas (Aleksandar Kolarov 88'), David Silva, Fernandinho, Yaya Toure; Edin Dzeko (Sergio Aguero 74').


Tags / Kata Kunci: Liga Juara-Juara , Bayern Munich

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan