Roma Belasah CSKA Moscow 5-1, Penyokong Bergaduh

Diterbitkan: Khamis, 18 September 2014 10:29 AM

(Ubah saiz teks)

AKSI luar biasa Gervinho menjaringkan dua gol dan satu umpanan membuktikan Roma sedia mencabar pasukan lain dalam Liga Juara-juara Eropah selepas tiga tahun terlepas saingan tersebut.

Dalam perlawanan bertemu CSKA Moscow itu, Roma berjaya membenam pasukan pelawat 5-1 sekaligus mengungguli kedudukan teratas carta kumpulan E yang turut dihuni oleh Manchester City dan Bayern Munich.

Gervinho scored twice as Roma beat CSKA Moscow 5-1 at the Stadio Olimpico

Roma bermula garang dengan menjaringkan empat gol dalam tempoh 31 minit untuk memastikan 'kepulangan' mereka ke saingan itu membawa makna.

Juan Iturbe meletakkan Roma di depan pada minit keenam selepas mendapat umpanan Gervinho sebelum pemain Ivory Coast terbabit menjaringkan gol kedua, empat minit kemudian.

Pada minit ke-20, pertahanan Brazil, Maicon menambah jaringan ketiga buat Roma disusuli dengan gol kedua Gervinho.

CSKA Moscow mendapat jaringan tunggal pada minit ke-50 menerusi pemain pertahanannya, Sergei Ignashevich.

One fan attempts to kick a policeman who is wielding a baton

Bagaimanapun, pada minit ke-71, perlawanan terpaksa dihentikan selama dua minit selepas berlaku kekecohan akibat tindakan penyokong CSKA Moscow yang membaling mercun ke arah penyokong tuan rumah.

Bagaimanapun keadaan itu berjaya dikawal oleh pasukan polis Itali dan perlawanan diteruskan sehingga ke minit terakhir.

CSKA supporters clashed with Italian riot police on Wednesday night

Tags / Kata Kunci: Roma , CSKA Moscow , Liga Juara-juara Eropah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan