Kim Swee Harap Pemain Mampu Kekal Fokus Hingga Tamat Sukan Asia

Diterbitkan: Rabu, 17 September 2014 8:18 PM

Ong Kim Swee. Foto KAMARUL ARIFFIN / THE STAR

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara Datuk Ong Kim Swee mahu anak didiknya mengekalkan fokus masing-masing sepanjang kempen temasya Sukan Asia ke-17, terutama pada aksi penutup tirai saingan Kumpulan A menentang Arab Saudi yang dijadual berlangsung di Stadium Goyang pada 21 September.

Beliau menyifatkan perlawanan itu sebagai penting kerana bakal menentukan nasib pasukan Harimau Muda sama ada layak ataupun tidak untuk mara ke peringkat suku akhir.

"Isu pemain mana yang akan diturunkan pada 21 Sept ini adalah tidak penting sebaliknya kita mahu turunkan pemain yang mampu membantu pasukan meraih kemenangan pada hari itu," katanya kepada media selepas tamat perlawanan pada Rabu.

Skuad Harimau Muda berjaya mencatat kemenangan besar selepas mengalahkan Laos 4-0 pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan A yang berlangsung di Stadium Ansan Wa.

Beliau berkata, Laos telah memberi tekanan hebat kepada anak didiknya apabila skuad Harimau Muda gagal mendapat kedudukan selesa walaupun Malaysia mendahului 1-0 menerusi jaringan Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak pada aksi babak pertama perlawanan.

"Dalam bola sepak, kedudukan 1-0 bukan satu keadaan yang selesa bagi sebuah pasukan lebih-lebih lagi pada separuh masa pertama, ia telah menimbulkan sedikit kegelisahan kepada saya namun kita berjaya menguasai permainan pada babak kedua perlawanan dan seterusnya meraih kejayaan besar malam ini," katanya.

Kim Swee turut memuji corak permainan pasukan Laos yang tidak kurang hebat apabila berjaya mematahkan serangan pasukan negara pada babak pertama perlawanan.

Sementara itu, pemain pertahanan negara Mohamad Aidil berkata kejayaan menjaringkan gol pertama memberi 'tonik' semangat kepadanya untuk turun dengan lebih bersemangat pada aksi menentang Arab Saudi nanti.

"Kejayaan hari ini memberi lebih keyakinan kepada saya dan juga rakan sepasukan lain dan kami akan cuba dengan sedaya-upaya untuk mengatasi Arab Saudi nanti," katanya.

Mohamad Aidil, yang juga kapten pasukan, menyeru rakan lain mengekalkan fokus sehingga tamat perlawanan dan tidak memandang rendah kehebatan pasukan Arab Saudi.


Tags / Kata Kunci: Ong Kim Swee , Sukan Asia , Harimau Muda

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan