Chelsea Tawar Hazard Gaji Baharu £200,000 Seminggu - Bola Sepak | mStar

Chelsea Tawar Hazard Gaji Baharu £200,000 Seminggu

Diterbitkan: Selasa, 16 September 2014 9:54 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah Chelsea, Eden Hazard hampir bersetuju untuk memperbaharui kontraknya bernilai £50 juta bersama skuad tersebut.

Perjanjian baharu selama lima tahun itu bakal menyaksikan Hazard menerima gaji sebanyak £200,000 seminggu.

Pemain kebangsaan Belgium berusia 23 tahun itu kini sedang meneliti terma baharu yang bakal diperolehi sebelum melanjutkan kontraknya.



Hazard merupakan pemain terbaik Chelsea pada musim lalu perlu diberi perhatian oleh Chelsea walaupun pasukan itu telah membawa masuk pemain baharu seperti Diego Costa dan Cesc Fabregas.

Pengendali Chelsea, Jose Mourinho menganggap Hazard sebagai pemain penting di bahagian tengah dan dia perlu dijaga supaya tidak diintai oleh pasukan lain.

Chelsea yang dikatakan mempunyai barisan pemain tengah terbaik setakat ini berjaya mendominasi  kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Hazard
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan