TMJ Pertikai Pemilihan Dua Pemain Harimau Malaya

Diterbitkan: Isnin, 15 September 2014 7:44 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak NegeriJohor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan pemilihan dua pemain dalam skuad Harimau Malaya bimbingan jurulatih Dollah Salleh.

Baginda, yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), mendakwa penjaga gol skuad negara, Azizon Abdul Kadir, yang kini beraksi bersama PDRM, pernah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas didapati bersalah mengatur perlawanan.

Tunku Ismail turut mendakwa kapten pasukan PDRM, Mohd Muslim Ahmad, yang pernah beraksi bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), mempunyai kaitan dengan seorang ceti haram berdasarkan rekod panggilan yang dibuat selepas aksi Liga Super musim lepas antara JDT dan Kelantan di Kota Baharu.

"Persoalannya sekarang, apakah sebenarnya yang difikirkan oleh Dollah?. Ini adalah perkara yang cukup membimbangkan kerana secara tidak langsung ia jelas menunjukkan sistem pengurusan yang lemah.

"Kita dengan jelas memerlukan seorang jurulatih yang menilai persembahan seseorang pemain berpandukan kepada prestasi semasa dan bukan kerana pilih kasih," kata baginda seperti dipetik dalam laman web rasmi pasukan JDT www.johorsoutherntigers.com.my.

Azizon, yang pernah beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur, merupakan antara17 pemain yang didenda selain diberi amaran keras oleh FAM selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengatur perlawanan ketika beraksi bersama skuad wargakota dalam saingan Liga Perdana pada 2012.

Enam belas pemain lain yang turut menerima hukuman sama ialah Benedict Martin, Muhammad Syazwan Mohamed Rani, J. Mughilan Kartik, Muhamad Azwan Jatin,S. Sivaraj, Mohamad Amirul Asraf Mohd Noor, Ahmad Dashila Tajudin, Hishamuddin Othman, Mohd Badrul Hisyam Azmi, Muhamad Ar'ra'uf Roslee, Muhammad Hanis Mohtar, Muhammad Rafef Raya, Muhammad Syafiq Johari, Mohd Munir Amran, Muhammad Taufiq Mohd Shukor, Ahmad Jihad Ismail.

Sebagai rekod pada 20 Disember tahun lepas, Jawatankuasa Tatatertib FAM menjatuhkan hukuman penggantungan seumur hidup selain denda berjumlah RM20,000 kepada lima pemain skuad warga kota yang didapati bersalah dengan skandal rasuah dan mengatur perlawanan.

Mereka adalah Fadhullah Yunsifar, Phoo Kai Lun, Khairul Anuar Shafie, Jeremy Danker dan Hafizi Roslee.

Selain itu, ketua jurulatih Kuala Lumpur, Stanislav Lieskovsky dari Slovakia, penolong pengurus Rosli Omar dan pegawai pasukan, Saari Jani yang didapati bersalah oleh jawatankuasa berkenaan, turut menerima hukuman yang sama.

Tags / Kata Kunci: TMJ , Harimau Malaya , Dollah Salleh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan