T-Team Tamat Awal Kontrak Jimmy Mulisa

Diterbitkan: Isnin, 15 September 2014 8:17 PM

Jimmy Mulisa.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan bola sepak T-Team telah menamatkan kontrak pemain importnya Jimmy Mulisa sebulan lebih awal atas persetujuan bersama, kata Ketua Pegawai Eksekutif kelab itu, Abdul Rashid Jusoh.

Beliau berkata pemain itu memohon kontraknya ditamatkan lebih awal untuk menguruskan masalah keluarganya di Belgium.

"Kontrak Mulisa sepatutnya berakhir pada 30 November ini setelah menyertai pasukan T-Team pada April lepas," katanya.

Abdul Rashid berkata Mulisa telah berjaya menjaringkan tiga gol dalam pertandingan Piala Malaysia musim ini dan pada tahun depan pasukan itu akan turun ke Liga Perdana.

T-Team menggunakan khidmat empat pemain import dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini iaitu Mulisa, Goran Subara, Leandro Dos Santos dan Patrich Wanggai.

Beliau berkata nasib ketiga-tiga pemain import yang lain akan ditentukan apabila kontrak masing-masing berakhir pada 30 November ini.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 12 pemain pasukan Piala Presiden Terengganu akan diserapkan dalam pasukan T-Team tahun depan selaras dengan kehendak kerajaan negeri.

Beliau berkata tahun depan juga, T-Team akan hanya menggunakan khidmat tiga pemain import berbanding empat musim ini.

Tags / Kata Kunci: Jimmy Mulisa , T-Team

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan