Gaalactico Van Gaal Menjadi

Diterbitkan: Isnin, 15 September 2014 4:12 PM

Angel Di Maria (kiri) ketika meraikan gol pertamanya untuk United dan Wayne Rooney dalam perlawanan liga bertemu QPR di Old Trafford pada Ahad. United menang 4-0.

(Ubah saiz teks)

> Louis van Gaal ulangi sejarah silam menang pada perlawanan keempat

> Dia mengorbankan formasi kegemaran untuk kembali kepada 4-1-3-2

> United dengan empat pemain pertahanan kelihatan lebih mantap

> Tyler Blackett bermain cemerlang bersama para bintang

> Angel di Maria menyentuh bola 95 kali dalam tempoh 82 minit

> Formasi berlian di bahagian tengah United kuasai permainan

MUNGKIN tidak ada orang yang boleh menyamai rekod Louis Van Gaal sebagai seorang pengurus.

Boleh dikatakan di kesemua kelab yang dia uruskan, dia berhadapan dengan kesukaran dalam tiga perlawanan pertama. Di Bayern Munich, Van Gaal hanya menang dalam perlawanannya yang keempat. Yang menakjubkan di pertengahan musim mereka berada di tangga tengah liga tetapi menjelang hujung musim, mereka muncul juara.

Kini bersama Manchester United, Van Gal mengulangi sejarah yang sama - menang hanya dalam perlawanan yang keempat (menentang QPR) dan dia menang dengan penuh bergaya 4-0. Sama ada United akan muncul juara, itu belum tahu lagi tetapi Van Gaal yakin dia boleh dengan barisan Gaalacticonya ini.

Dalam tiga perlawanan pertama pasukan Van Gaal berhadapan dengan kecederaan dan pemain-pemain bertaraf dunia masih dalam proses pembelian dan mendapat permit kerja.

Tetapi sebaik sahaja Gaalactico Van Gaal dapat diturunkan sepenuhnya, mereka benar-benar menjadi walaupun orang mempersoalkan bagaimanakah dia akan memposisikan pemain-pemain Galactico iaitu Angel Di Maria, Wayne Rooney, Robin Van Persie, Radamel Falcao,Daley Blind dan Marcos Rojo (disebut Ro-ho) dalam satu pasukan.

Namapaknya bagi Van Gaal itu perkara mudah, bukannya satu masalah.

Tetapi pada masa yang sama, sebelum pertemuan dengan QPR pada Ahad berlangsung, Van Gaal dikritik hebat kerana dia dilihat seolah-olah mengenepikan polisi pemain berbakat tempatan apabila menjual Danny Welbeck ke Arsenal dan membenarkan Tom Cleverly meninggalkan kelab itu ke Aston Villa dengan ketibaan pemain-pemain import.

Belum pernah dalam sejarah United, mereka membelanjakan £150 juta sekaligus untuk membawa masuk pemain-pemain ternama dan bertaraf dunia sepertiman United di bawah Louis Van Gaal.

Sir Alex Ferguson pun seperti tidak percaya yang kelabnya itu membenarkan Van Gaal membelanjakan wang yang besar ke atas pemain-pemain ini tetapi masa telah berubah. Zaman Ferguson, dia mempunyai masa untuk membentuk pemain-pemain tempatan berbakat seperti barisan Kelas '92 - David Beckham, Gary dan Phil Neville, Nicky Butt, Ryan Giggs dan Paul Schole menjadi pemain-pemain bintang.

SITUASI BERBEZA

Tetapi situasi Van Gaal berbeza. dia mewarisi kelab bekas juara yang berakhir di tangga ketujuh liga musim sebelumnya.

Peminat tidak biasa melihat kelab mereka seperti ini sejak 20 tahun yang lalu. Mereka menuntut kejayaan semula.

Kejayaan itu hanya dapat dikembalikan dengan segera dengan kemasukan bintang-bintag ternama yang mampu membawa perubahan dalam sekelip mata sepertimana yang dipamerkan dalam perlawanan keempat menentang QPR itu.

Inilah United baru yang boleh membawa mereka ke mercu kegemilangan semula sepertimana masa-masa yang lalu.

Barisan pemain-pemain ini yang kini digelar 'Gaalactico' atau bintang-bintang Van Gaal dan bukannya 'Galactico' adalah terdiri daripada Di Maria yang merupakan pemain terbaik perlawanan akhir Piala Eropah 2013/14, Marcos Rojo, pemain pertahanan terbaik Piala Dunia 2014 dan Daley Blind, pemain terbaik Belanda 2013/14.

Tetapi pada masa yang sama, Van Gaal tetap memberi kepercayaan kepada pemuda tempatan berusia 18 tahun yang bernama Tyler Blackett. Sebelum musim ini bermula, bekas pemain Akademi Bolasepak Manchester United ini tidak dikenali pun.

Dalam tiga perlawanan pertama musim ini Blackett bermain dengan penuh gabra dan kelam-kabut dalam formasi tiga pemain pertahanan.

Tetapi Van Gaal melihat budak ini mempunyai potensi untuk muncul sebagai bintang masa depan sepertimana dia melihat dan memberi peluang kepada David Alaba serta Thomas Muller dan sebelum itu Clarence Seedorf - semuanya ketika mereka berusia 18 tahun.

Blackett mempunyai sosok badan yang besar bagaikan bekas kapten mereka, Nemanja Vidic. Dia juga mempunyai ketinggian yang diperlukan sebagai seorang bek tengah. Oleh itu Van Gaal menaruh kepercayaan penuh ke atasnya. Dia terus dikekalkan sebagai pemain kesebelasan utama United.

Dan pada perlawanan keempat menentang QPR, Blackett bukan sahaja bermain sebaris dengan pemain-pemain veteran dan ternama seperti Rafael Da Silva, Jonny Evans dan Marcos Rojo tetapi dia bermain dengan penuh keyakinan dalam formasi empat pemain pertahanan - berbeza dengan tiga perlawanan pertamanya sebelum ini.

Jelas sekali, pemain remaja ini bermain dengan penuh yakin apabila dia diapit oleh dua orang pemain yang berpengalaman dan lebih matang darinya. Dia memerlukan keyakinan dan teladan yang diberikan oleh pemain senior.

Marcos Rojo, Tyler Blackett, Jonny Evans dan Rafael tahu apa yang harus mereka lakukan. Mereka mempertahankan benteng dengan baik, penuh yakin dan cemerlang. Tiada satu gol pun dilepaskan.Rojo misalnya menawarkan kepastian yang situasi di bahagian pertahanan adalah terkawal dengan kehadirannya.

Mungkin perlawanan ini suatu masa nanti akan dikenang sebagai hari di mana Manchester United dilahirkan semula.

Van Gaal nampaknya telah berjaya mencantumkan Gaal-acticonya dengan pemain-pemain asal Manchester United.

Mereka bermain dengan rentak dan tempo pantas bermula dari Daley Blind yang bertindak pemain tunggal di atas empat pertahanan untuk mengerakkan permainan.

Lebih 75,000 penonton bersorak gembira setiap kali Blind meluncurkan bola ke sayap dan apabila Di Maria mendapat bola sahaja, mereka dapat merasakan sesuatu yang luar biasa akan berlaku.

Dalam tempoh 82 minit Di Maria beraksi di atas padang, dia telah menyentuh bola sebanyak 95 kali - lebih banyak daripada 21 pemain lain.

Bukan itu sahaja, malah dia menjaringkan gol yang menakjubkan dari sepakan percuma dan kemudian membantu untuk melorongkan bola dalam dua lagi gol maka tidak hairanlah dia kemudiannya dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Barang diingat Falcao yang dimasukkan apabila perlawanan berbaki 23 minit masih belum menemui ketajaman sepakannya kerana baru sahaja pulih dari kecederaan yang panjang. Cuba bayangkan United dengan Falcao yang cergas.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan