Real Tewas Lagi Kali Ini Ditangan Juara Bertahan Atletico

Diterbitkan: Ahad, 14 September 2014 8:57 AM

Pemain gantian Atletico, Arda Turan dijulang oleh rakan-rakan sepasukannya selepas dia menjaringkan gol kemenangan mereka ke atas Real Madrid dalam perlawanan La Liga pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

JUARA bertahan La Liga, Atletico Madrid kehilangan penyerang berbisa mereka Diego Costa kepada Chelsea musim ini tetapi mereka tidak sedikit pun memperlihatkan rasa rendah diri apabila bertemu dengan juara Eropah, Real Madrid sebaliknya menundukkan jiran mereka itu 2-1 hasil jaringan pemain gantian Arda Turan.

Ini adalah kekalahan kedua Real dalam tiga perlawanan pertama liga.

Atlético tidak pernah menumpaskan Real dalam tempoh 14 tahun dan 25 perlawanan sehinggalah mereka berbuat demikian dalam perlawanan akhir Piala Raja Sepanyol Mei lalu.

Sejak itu mereka merampas takhta liga menjadikan mereka pasukan pertama selain Barcelona dan Real untuk muncul juara liga dalam tempoh sedekad dan mereka memulakan musim ini dengan menumpaskan Real Madrid untuk memenangi Piala Super Sepanyol iaitu perlawanan pembuka tirai musim.

Dan bagi pasukan bimbingan Carlo Ancelotti, sejak mereka menjual Xabi Alonso kepada Bayern Munich dan sebelum itu Angel Di Maria kepada Manchester United, segala-galanya seperti tidak kena dan tidak menjadi.

Sebaliknya pasukan Diego Simeone mempamerkan aksi seolah-olah mereka akan mempertahankan kejuaraan mereka musim ini tanpa sebarang masalah.

Ini dibuktikan apabila Atletico mendahului 1-0 walaupun perlawanan tidak sampai sepuluh berlangsung melalui tandukan Tiago.

Madrid bernasib baik kerana tidak lama selepas itu mereka memperolehi sepakan penalti dan seperti biasa Ronaldo melaksanakan tugas itu tanpa masalah.

Tetapi Turan yang dimasukkan pada minit ke-60 memastikan kemenangan di pihak Atletico dengan menjaringkan gol 16 minit kemudian.

Selepas itu, Real tidak dapat mengubah nasib malang mereka walaupun mereka cuba mengubah rentak permainan dengan memasukkan Raphael Varane (78'), Javier Hernandez (63') dan Alarcon Isco (72').

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan