Australia Tutup Pintu Malaysia Ke Piala Dunia

Diterbitkan: Ahad, 14 September 2014 9:03 PM

S. Balachandran.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia gagal menempah slot separuh Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 16 Tahun (B-16) apabila kalah 1-2 kepada Australia di peringkat suku akhir di Stadium Muangthong, Bangkok, pada Ahad.

Keputusan itu telah meranapkan harapan Malaysia untuk mengesahkan tempat pada Kejohanan Piala Dunia FIFA Bawah 17 Tahun di Chile, tahun depan.

Hanya empat pasukan teratas pada kejohanan Asia ini layak ke Piala Dunia.

Dalam perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen berbayar itu, R. Kogileswaran telah mencetuskan harapan tinggi skuad negara apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-31.

Bagaimanapun, kegembiraan skuad bimbangan S. Balachandran hanya kekal sementara apabila Australia menyamakan kedudukan lima minit kemudian menerusi pemain tengah, Cameron Riley Joice.

Penyerang Daniel Max Maskin mengesahkan tempat Australia ke separuh akhir dengan jaringan pada minit ke-76.

Meskipun kalah, pencapaian skuad negara itu dianggap cemerlang selepas gagal melepasi peringkat kunmpulan pada edisi 2004 di Jepun dan 2008 di Uzbekistan.

Dalam satu lagi perlawanan suku akhir, juara dua kali, Korea Selatan menempah slot separuh akhir setelah menewaskan Jepun 2-0 di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Pada perlawanan separuh akhir Rabu ini, Australia akan menentang pemenang perlawanan suku akhir antara Iran dan Korea Utara manakala Korea Selatan berdepan dengan pemenang perlawanan antara Uzbekistan dan Syria.
Tags / Kata Kunci: Piala Dunia , Australia , bola sepak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan