Sukan Asia 2014: Malaysia Kecundang Di Tangan Korea Selatan

Diterbitkan: Ahad, 14 September 2014 7:29 PM

Kim Shin Wook.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan tuan rumah, Korea Selatan membuktikan ramalan di atas kertas tepat selepas mudah membenam Malaysia 3-0 pada aksi pertama Kumpulan A Sukan Asia di Stadium Munhak, Incheon, petang Ahad.

Menguasai hampir keseluruhan perlawanan, Korea mula melakukan cubaan tepat ke gawang Malaysia seawal minit ketiga menerusi penyerang berbisanya, Kim Shin Wook namun berjaya dihalang Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Rentetan peluang terus dihasilkan Korea selepas itu namun tidak berjaya menghasilkan gol sebelum membuka tirai jaringan pada minit ke-26 menerusi Rim Chang Woo.

Hasil sepakan sudut, Chang Woo pantas melonjak tinggi untuk membuat tandukan tajam yang terus menerjah kanan gawang Malaysia tanpa mampu dihalang Izham.

Sebelum berakhir babak pertama, Malaysia hampir membuat kejutan menerusi cubaan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-32 namun rembatannya berjaya ditangkap penjaga gol Korea, Kim Seung Gyu.

Babak kedua lebih hambar buat Malaysia apabila cubaan kebangkitan yang dicari jurulatih, Datuk Ong Kim Swee tidak kesampaian malah terus dibolosi Korea.

Penyerang berpangkalan di Jerman berusia 27 tahun, Shin Wook berjaya membuktikan bisanya apabila meledak gol kedua Korea pada minit ke-77 selepas mudah memperdayakan pertahanan negara di depan gawang.

Kelemahan jentera serangan tengah dikemudi kapten, Fadhli Shas dan Amer Saidin terus menjadi punca kepada gol ketiga Korea yang disumbang Kim Seung Dae pada minit ke-81.

Pada satu lagi aksi Kumpulan A, satu lagi pasukan dianggap pencabar Arab Saudi menewaskan Laos 3-0.

Keputusan perlawanan: Korea Selatan 3 - 0 Malaysia 

Gol Korea Selatan: Rim Chang Woo (minit ke-26), Kim Shin Wook (minit ke-77), Kim Seung Dae (minit ke-81)

Tags / Kata Kunci: Sukan Asia 2014 , Malaysia , Korea Selatan

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan