Diego Costa Jaringkan Hatrik Untuk Bolehkan Chelsea Tumpaskan Swansea 4-2

Diterbitkan: Ahad, 14 September 2014 8:30 AM

Diego Costa, penyerang sensasi Chelsea kini telah menjaringkan tujuh gol dalam empat perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris. Foto: Getty Images.

(Ubah saiz teks)

> Diego Costa kini telah menjaringkan tujuh gol dalam empat perlawanan

> Baru saja dinobatkan pemain terbaik EPL bagi bulan Ogos

> Pemain baru Loic Remy turut jaringkan gol dalam perlawanan pertamanya

> Tetapi John Terry jaringkan gol sendiri

> Swansea tewas buat pertama kali dalam liga

CHELSEA memperlihatkan mengapa mereka merupakan pencabar utama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas menewaskan Swansea 4-2 untuk menduduki tangga teratas selepas mengharungi empat perlawanan.

Juara bertahan Manchester City bernasib baik sekadar seri 2-2 dengan Arsenal.

Tetapi yang mencuri perhatian dalam perlawanan yang berlangsung di Stamford Bridge, London pada Sabtu tidak lain dan tidak bukan hero baru EPL - Diego Costa yang dibeli pada harga £32 juta dari Atletico Madrid.

Dia bukan sahaja telah menjaringkan tiga gol tetapi pada masa yang sama, menambah jumlah jaringannya kepada tujuh hanya dalam empat perlawanan liga.

Tidak hairanlah pemilik Chelasea, Roman Abramovich menepuk tangan sambil berdiri dengan wajah yang tersenyum sepanjang perlawanan itu.

Dia mungkin merasakan pelaburannya berbaloi musim ini.

Chelsea mengambil masa dua tahun untuk mencari penganti kekal kepada Didier Drogba. Nampaknya mereka telah pun menemuinya.

"Tujuh gol dalam empat perlawanan adalah sesuatu yang memang melampau tapi kita tidaklah boleh mengharapkan dia menjaringkan 14 gol dalam perlawanan yang kelapan...tapi kalau pasukan ini bermain dengan baik, dia pasti akan menjaringkan gol," kata pengurus pasukan, Jose Mourinho mengenai prestasi Costa.

Tegas Mourinho, kini semua orang sedar mengapa Chelsea menunggu dua tahun untuk mencari penganti Drogba. Drogba yang meninggalkan Chelsea dua tahun lalu sebaik sahaja mereka menjuarai Liga Juara-Juara Eropah kini telah kembali ke kelab itu.

Namun begitu untuk 11 minit yang pertama, Swansea terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi gerakan-gerakan yang cantik dan asakan yang menyaksikan mereka memperolehi gol menerusi jaringan sendiri John Terry yang cuba menampan hantaran silang.

Barisan pertahanan Chelsea kelihatan kelam kabut dan peluang ini dicuri oleh Swansea.

Penyerang Swansea, Bafetimbi Gomis dan Wayne Routledge sentiasa kelihatan bahaya di depan gol dan untuk seketika mereka memperlihatkan aksi yang mereka akan memenangi perlawanan ini dengan jumlah jaringan yang banyak.

REKOD LUAR BIASA DIEGO COSTA

> Diego Costa kini telah menjaringkan lebih banyak gol (7) musim ini berbanding apa yang mampu dilakukan oleh Fernando Torres (5 gol sahaja) sepanjang musim 2013/14.

> Torres memerlukan 43 perlawanan untuk menjaringkan tujuh gol sepertimana Costa.

> Costa adalah salah seorang daripada lima lagi pemain EPL yang menjaringkan lebih daripada lima gol dalam lima perlawanan yang pertama musim. Pemain-pemain lain ialah: Pavel Pogrebnyak, Micky Quinn, Sergio Aguero dan Jurgen Klinsmann.

> Costa juga merupakan pemain kedua dalam sejarah EPL untuk menjaringkan gol dalam setiap empat perlawanannya yang pertama. Seorang lagi pemain yang berjaya mencatatkan rekod itu ialah Micky Quinn.

Bagaimanapun Chelsea terus bertahan sehinggalah ke minit yang ke-45 apabila Costa menanduk masuk gol pertamanya hasil hantaran sudut seorang lagi pemain Sepanyol, Cesc Fabregas.

Sebaik sahaja perlawanan separuh masa kedua bermula, perlawanan menjadi lain dengan Chelsea menguasai semula serangan demi serangan sehinggalah Costa sekali lagi memperlihatkan ciri-ciri 'predator' nya dan menjaringkan gol kedua Chelsea pada minit ke-56.

Dari saat itu, penonton sudah boleh merasakan yang mereka akan menang besar dan Costa tidak membuang masa apabila dia menyumbat golnya yang ketiga pada minit ke-67.

Dengan baki perlawanan hanya tinggal 20 minit, Mourinho membawa keluar Costa yang berjalan keluar sambil mendapat tepukan bergemuruh termasuk daripada Abramovich, dan tempatnya digantikan oleh pemain baru, iaitu penyerang antarabangsa Perancis, Loic Remy.

Dan bekas pemain QPR itu tidak membuang masa apabila 10 minit kemudian dia menjaringkan golnya yang pertama untuk Chelsea dengan rembatan yang cantik hasil hantaran Oscar.

Jonjo Shelvey kemudiannya menjaringkan gol konsolasi untuk Swansea empat minit sebelum masa berakhir.

Chelsea (formasi: 4-2-3-1): Courtois 7; Ivanovic 6.5, Cahill 6, Terry 5.5, Azpilicueta 6.5; Matic 6.5, Fabregas 8 (Salah 82 - 6); Schurrle 6 (Ramires 46 - 7), Oscar 7, Hazard 7.5; Diego Costa 9.5 (Remy 72 - 7). Simpanan: Cech, Filipe Luis, Zouma, Salah, Willian.

Swansea (formasi 4-2-3-1): Fabianski 6; Rangel 6.5, Amat 6 (Fernandez 46 - 5), Williams 5.5, Taylor 6.5; Ki 7.5, Shelvey 6; Sigurdsson 6.5, Dyer 6, Routledge 6.5 (Montero 66 - 6); Gomis 7 (Bony 76 - 6). Simpanan: Tremmel, Tiendalli, Carroll, Emnes

Stadium: Stamford Bridge, London.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan