Khairy Minta FAM Jaga Kebajikan Pemain Skuad B-16

Diterbitkan: Jumaat, 12 September 2014 7:19 AM

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya terus menjaga kebajikan pemain skuad negara bawah 16 (B-16) memandangkan mereka merupakan aset penting untuk negara pada masa depan.

Beliau berkata kejayaan skuad kendalian S. Balachandran itu yang mencipta sejarah mara suku akhir Kejohanan AFC B-16 di Thailand pada Rabu menunjukkan mutu sukan bola sepak negara semakin positif walaupun Malaysia bukanlah kuasa utama dalam bola sepak. 

"Saya berharap skuad B-16 negara mampu mengekalkan prestasi mereka dan FAM perlu membantu pasukan tersebut dengan memberi pendedahan yang sewajarnya kepada pemain muda kita yang dilihat cukup berpotensi untuk masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke temasya Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan bermula 19 September ini, di sini, Khamis.

Pada masa sama, Khairy turut mengingatkan semua pemain bola sepak tempatan tidak mengira sama ada junior mahupun senior supaya kekal fokus sepanjang masa dan tidak dilanda dengan sindrom 'cepat sejuk'.

Sementara itu di PETALING JAYA, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin optimis skuad B-16 negara mampu mengalahkan Australia walaupun mengakui pasukan lawan mempamerkan persembahan meyakinkan dengan muncul juara kumpulan B selepas mencatat rekod bersih dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Malaysia yang muncul naib juara kumpulan A dijadualkan menentang Australia pada aksi suku akhir di Stadium Muangthong, Bangkok, Ahad ini.

"Kita tahu pasukan senior dan junior Australia ini agak kuat dan kita berdoa supaya mereka dapat meraih kemenangan pada perlawanan itu," kata Hamidin ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan penajaan untuk Kejohanan Futsal AFF 2014 di Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini.

Skuad B-16 negara menempah slot ke suku akhir selepas mengalahkan Oman 2-1 pada aksi terakhir kumpulan A di Stadium Rajamangala di Bangkok pada Rabu.

Sebagai rekod, Malaysia layak ke kejohanan itu sebanyak dua kali sebelum ini iaitu pada edisi 2004 di Jepun dan 2008 di Uzbekistan namun gagal melepasi saingan peringkat kumpulan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan