City Pindah Ke Kompleks Latihan Baru Oktober Ini

Diterbitkan: Khamis, 11 September 2014 4:12 PM

Kompleks latihan baru Man City akan mula dibuka Oktober nanti. Foto: Manchester City FC.

(Ubah saiz teks)

JUARA Liga Perdana Inggeris, Manchester City akan berpindah ke kompleks sukan mereka yang baru bernilai £200 juta bulan depan.

Kompleks tersebut sepatutnya dibuka sebelum musim baru ini bermula tetapi terpaksa ditangguhkan kerana pembinaan tidak dapat disiapkan mengikut jadual kerana masalah cuaca buruk pada tahun 2013.

Kompleks serba canggih tersebut kini sudah bersedia untuk dibuka secara berperingkat mulai Oktober hingga November.

Pengarah Pembangunan Infra dan Tanggungjawab Korporat Manchester City, Pete Bradshaw dipetik sebagai berkata: "Hujan lebat sepanjang musim panas lalu telah menyebabkan jadual pembukaan kemudahan kompleks ini terpaksa ditangguhkan selama tiga bulan."

Tambahnya, Manchester City akan menggunakan tempoh waktu rehat liga kerana perlawanan antarabangsa pada bulan Oktober nanti untuk memindahkan pasukan utama ke kompleks berkenaan dan kemudian diikuti oleh skuad akademi dan selepas itu kakitangan yang lain.

Kompleks  baru ini dibina di kawasan seluas 80 ekar dengan kemudahan stadium mini yang boleh memuatkan 7,000 penonton di samping memiliki 17 petak padang bola dan juga kemudahan asrama serta tempat tinggal. 

Tags / Kata Kunci: Manchester City

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan