Lagenda Argentina, Maradona Bergaduh Lagi

Diterbitkan: Selasa, 9 September 2014 11:42 AM

(Ubah saiz teks)

LAGENDA bola sepak Argentina bermasalah, Diego Maradona dirakam bergaduh di luar sebuah kelab malam di Croatia.

Dalam kejadian itu, lagenda kontorversi terbabit dilaporkan mengunjungi kelab Ravelin di Dubrovnik sebelum berselisih faham dengan seorang pengungjung lain.

Keadaan itu kemudian berlarutan sehingga Maradona keluar untuk pulang dari kelab berkenaan.

Dalam rakaman tersebut, Maradona dikesan bergelut dengan seorang lelaki yang hanya memanggilnya 'Diego'.

Pihak berkuasa kemudian dipanggil untuk meleraikan pergaduhan itu. Maradona dilaporkan berada di Croatia untuk melancong.

Jurucakap polis berkata, "kehadiran kami di situ kerana dipanggil berikutan berlaku pergaduhan, bagaimanapun tiada tindakan lanjut diambil kerana tiada aduan dibuat oleh kedua-dua pihak.

Pergaduhan melibatkan Maradona kali ini adalah yang kedua selepas legenda itu menampar seorang wartawan Argentina pada bulan lalu.

Tags / Kata Kunci: Argentina , Diego Maradona

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan