AFC B16: Harimau Muda Tewas Tipis Kepada Korea Selatan

Diterbitkan: Selasa, 9 September 2014 7:04 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Bawah 16 Tahun negara mengalami kekalahan pertama pada Kejohanan Bola Sepak Bawah 16 Tahun AFC 2014 di Thailand.

Skuad Harimau Muda Bawah 16 tahun tumpas 0-1 kepada Korea Selatan pada perlawanan kedua Kumpulan A di Stadium Muangthong di Bangkok pada Isnin.

Lee Seungwoo muncul wira bagi juara dua kali itu selepas menjaringkan gol tunggal pada minit ke-15 perlawanan .

Kemenangan itu membolehkan Korea Selatan terus mendahului Kumpulan A dengan enam mata selepas dua perlawanan manakala Malaysia di bawah bimbingan S.Balachandran kekal di tangga kedua walaupun tewas.

Thailand, yang tewas 0-1 kepada Malaysia pada perlawanan pembukaan pada Sabtu, mencatatkan kemenangan pertama selepas menundukkan Oman 1-0 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A.

Malaysia akan menamatkan jadual perlawanannya dalam Kumpulan A dengan menentang Oman di Stadium Rajamangala manakala Korea Selatan akan bertemu Thailand di Stadium Muangthong. 

Kedua-dua perlawanan akan berlangsung pada Rabu. Dua pasukan teratas dari setiap empat kumpulan akan mara ke suku akhir kejohanan.

Untuk rekod, Malaysia layak ke kejohanan itu sebanyak dua kali iaitu pada 2004 di Jepun dan 2008 di Uzbekistan, tetapi gagal melepasi peringkat kumpulan. 

Tags / Kata Kunci: AFC , Bawah 16 Tahun , Malaysia , Harimau Muda

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan