Status Pemain Import T-Team Ditentukan Dalam Tempoh Terdekat

Diterbitkan: Isnin, 8 September 2014 5:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kedudukan pemain import pasukan T-Team dalam Liga Malaysia sama ada dikekalkan atau sebaliknya musim depan akan ditentukan dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Abdul Rashid Jusoh berkata pada musim ini T-Team menggunakan khidmat empat pemain import dalam memperkukuh pasukan menghadapi kejohanan itu.

"Untuk akan datang, kita tengok dasar kerajaan negeri sama ada akan terus kekalkan pemain import atau sebaliknya tahun depan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Isnin.

Menurut Abdul Rashid empat pemain import yang membantu T-Team dalam Liga Malaysia musim ini ialah Patrich Steeve Wanggai, Leandro Dos Santos, Jimmy Mulisa dan Goran Subara.

Beliau berkata kemungkinan sebahagian besar daripada pemain-pemain import berkenaan tidak akan disambung kontrak masing-masing atas sebab-sebab tertentu.

"Ini selari dengan kehendak kerajaan negeri untuk memperluaskan khidmat kepada pemain-pemain tempatan pada musim hadapan," katanya.

Menyentuh khidmat jurulatih T-Team Anuar Abu Bakar, Abdul Rashid berkata kontrak jurulatih itu akan tamat pada 30 Nov depan.

Beliau berkata rundingan antara T-Team dan Anuar akan diadakan bagi membincangkan sama ada Rashid akan terus kekal dengan T-Team atau sebaliknya musim depan.

Dalam pada itu, Abdul Rashid berkata T-Team akan memberi beberapa nama kepada kerajaan negeri untuk menambah seorang lagi jurulatih T-Team yang mempunyai lesen A.

Beliau berkata T-Team akan membuat persiapan lebih awal sebaik segala masalah selesai.

Tahun depan T-Team akan beraksi dalam Liga Perdana setelah terkeluar daripada Liga Super musim ini. 


Tags / Kata Kunci: T-Team

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan