Malaysia Mula Langkah Kanan Saingan AFC B-16

Diterbitkan: Sabtu, 6 September 2014 10:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia memulakan kempen Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bawah 16 tahun (B-16) dengan langkah kanan apabila mengalahkan tuan rumah Thailand 1-0 dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Muangthong di Bangkok.

Pemain gantian skuad Harimau Muda B-16, Muhammad Syazwan Salihin menjadi wira pasukan negara apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-35, menurut laman web AFC; www.the-afc.com.

Bagaimanapun, Malaysia, yang dibimbing oleh jurulatih S.

Balachandran, menduduki tangga kedua kumpulan selepas Korea Selatan membenam Oman 3-1 pada perlawanan kumpulan sebelum itu.

Malaysia akan menentang Korea Selatan manakala Thailand berdepan dengan Oman pada perlawanan kedua kumpulan, Isnin ini.

Kejohanan itu disertai 12 pasukan lain yang diletakkan dalam Kumpulan B,C dan D.

Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan layak ke peringkat suku akhir.

Kali terakhir Malaysia layak ke kejohanan ini adalah pada 2008 di Uzbekistan namun gagal melepasi peringkat kumpulan.

Empat pasukan terbaik daripada kejohanan itu layak beraksi pada Kejohanan Piala Dunia bawah 17 tahun yang bakal dihoskan oleh Chile, tahun depan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan