Kim Swee Gugur Empat Nama Ke Incheon

Diterbitkan: Sabtu, 6 September 2014 11:17 PM

Ong Kim Swee

Ong Kim Swee. Foto FAIHAN GHANI / THE STAR

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee mengugurkan Bobby Gonzales, Mohamad Firdaus Muhamad, Mohammad Ridzuan Abdunloh Pula dan Mohamad Faizat Mohamad Ghazli dalam senarai skuad kebangsaan ke Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan.

Kim Swee berkata, nasib seorang lagi pemain bergantung kepada status kecederaan bahagian belakang yang dialami oleh A.Thamilarasu pada perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Yemen di Stadium Shah Alam, Sabtu.

"Saya sebenarnya terpaksa memilih antara Farhan (Mohd Nor Farhan Mohamad) dan Bobby...kalau diberi peluang saya mahu memilih kedua-dua sekali namun Farhan boleh beraksi di posisi sebelah kanan dan kiri.

"Pemain akan bertolak ke China esok untuk satu lagi perlawanan persahabatan sebelum ke Korea," katanya kepada pemberita selepas pasukannya kalah 1-0 kepada Yemen. 

Mengulas kekalahan tersebut, Kim Swee berkata skuad negara masih tumpul di bahagian serangan namun yakin dapat mengatasi kelemahan itu sebelum ke Incheon.

"Secara keseluruhan saya berpuas hati dengn persembahan pasukan. Saya nampak skuad ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki terutamanya pada bahagian serangan," katanya.

Selepas ini, skuad negara sekali lagi diuji menerusi perlawanan persahabatan dengan China pada 10 Sept ini sebelum berlepas ke Incheon.

Pada Sukan Asia, Malaysia berada dalam Kumpulan A dan akan menentang Korea Selatan pada aksi pembuka tirai pada 14 September nanti sebelum melengkapkan saingan peringkat kumpulan bersama Arab Saudi dan Laos.

Mengikut format pertandingan, dua pasukan teratas daripada setiap lapan kumpulan layak ke pusingan kedua.

Tags / Kata Kunci: Ong Kim Swee , Sukan Asia

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan