Christiano Ronaldo Mahu Pulang Ke Man United - Bola Sepak | mStar

Christiano Ronaldo Mahu Pulang Ke Man United

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 11:14 AM

(Ubah saiz teks)

CHRISTIANO Ronaldo mengakui berharap dapat kembali ke Manchester United sebelum mengakhiri kariernya.

Bintang Real Madrid itu meninggalkan Old Trafford pada 2009 dengan yuran pemindahan sebanyak £80 juta sekaligus memecah rekod dunia.

Tetapi selepas lima tahun menempa nama, pemain berusia 29 tahun itu yang memenangi anugerah Ballon d'Or memberitahu bahawa dia akan kembali ke United pada suatu hari nanti.

"Saya sayangkan Manchester, semua orang tahu tentang perkara ini. Saya telah berkata banyak kali.

"Manchester berada di hati saya. Saya meninggalkan ramai rakan di sana dan penyokong yang menakjubkan. Saya akan kembali suatu hari nanti," katanya.

Ronaldo telah mempamerkan aksi memukau apabila berjaya menjaringkan 255 gol daripada 250 penampilan termasuk membantu Real Madrid menjuarai liga, dua kali Copa del Rey dan menjuarai Liga Juara-juara Eropah.

Walaupun masih gembira bermain di Sepanyol namun kini Ronaldo tetap membayangi bahawa dia semakin hampir untuk kembali ke United.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Real Madrid
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan