Rojo Dapat Permit Kerja, Aksi Pertama Menentang QPR

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 7:20 AM

Marcos Rojo.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pemain pertahanan Manchester United, Marcos Rojo sudah mendapat permit kerja di Britain pada Jumaat dan akan memulakan aksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Susulan itu, Rojo akan membuat kemunculan pertama menentang Queens Park Rangers (QPR) pada 14 September ini.

Pemain Argentina berusia 24 tahun itu ditawarkan kontrak bernilai 16 juta pound (RM80 juta), bulan lalu tetapi tidak beraksi pada tiga perlawanan pertama, musim ini.

"Agensi UK Border bersetuju memberi permit kerja untuk pemain pertahanan Manchester United, Marcos Rojo dan dia kini boleh turun beraksi menentang QPR pada 14 September ini," tulis United dalam Twitter kelab tersebut. 

Tags / Kata Kunci: Marcos Rojo , Manchester United , EPL

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan