Villarreal Benarkan Remaja Hidap Kanser Wakilinya - Bola Sepak | mStar

Villarreal Benarkan Remaja Hidap Kanser Wakilinya

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 11:39 AM

(Ubah saiz teks)

KELAB bola sepak Sepanyol yang didakwa sering melupakan penyokong mereka, Villarreal bertindak sebaliknya apabila membenarkan seorang remaja berusia 13 tahun yang menghidapi penyakit kanser bermain bersama mereka.

Saat mengujakan penyokong itu hadir pada pertemuan persahabatan melibatkan Villarreal menentang Celtic.

Penyokong muda itu, Gohan yang sedang bertarung dengan penyakit kanser ketika ini telah memberitahu hasratnya untuk bermain bersama skuad Villarreal di Stadium El Madrigal sebelum menghembuskan nafas terakhir kepada seorang jururawat.

Mendengar hasrat remaja itu, Villarreal kemudian bersetuju merakam detik manis Gohan pada perlawanan persahabatan berkenaan dengan melayannya seperti pemain tetap kelab berkenaan.

Gohan diberikan keistimewaan seperti jersi yang tertera namanya, temubual oleh stesen televisyen, tempat pertukaran pakaian dan latihan sebelum perlawanan.

Remaja itu turut diberikan penghormatan memulakan sepak mula dan menjaringkan gol pertama buat skuad Villarreal.

Tags / Kata Kunci: Villarreal , Celtic
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan