Di Maria Nafi Dipaksa Sertai Man United - Bola Sepak | mStar

Di Maria Nafi Dipaksa Sertai Man United

Diterbitkan: Rabu, 3 September 2014 10:20 AM

(Ubah saiz teks)

ANGEL di Maria menafikan bahawa dia lebih mengimpikan untuk berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG) tetapi terpaksa menyertai Manchester United seperti yang didakwa presiden kelab itu.

Pemain kebangsaan Argentina itu menyertai Red Devils dengan yuran perpindahan sebanyak £59.7 juta sekaligus memecah rekod pemindahan musim ini pada penghujung Ogos lalu.

Bekas pemain Real Madrid berusia 26 tahun itu telah dikaitkan dengan PSG pada musim panas lalu tetapi atas dasar peraturan kewangan Fifa, kelab itu terpaksa melupakan pemain berkenaan.

Bagaimanapun, selepas dia menyertai Liga Perdana Inggeris, Presiden PSG, Nasser Al Khelaifi mendedahkan bahawa Di Maria sebenarnya ingin menyertai PSG, tetapi perlu mengikut arahan Real Madrid supaya ke United.

"Di Maria mahu ke Paris. jika bukan kerana masalah peraturan kewangan Fifa sudah pasti kami telah menandatanganinya," katanya.

Tags / Kata Kunci: PSG , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan