Piala Malaysia: Felda United Berjaya Elak PDRM

Diterbitkan: Rabu, 3 September 2014 7:10 AM

Felda United FC muncul juara Kumpulan A selepas menamatkan perlawanan peringkat kumpulan dengan mengumpul 13 mata.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Felda United FC berjaya mengelak daripada bertemu dengan juara Kumpulan D, Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila muncul juara Kumpulan A selepas menamatkan perlawanan peringkat kumpulan dengan mengumpul 13 mata.

'The Fighters' meraih mata penuh selepas menewaskan Lions XII 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Selayang pada Selasa malam.

Pemain import dari Liberia Zah Rahan Krangar meledak gawang lawan pada minit kesembilan sebelum Faris Ramli menyamakan kedudukan pada minit ke-22.

Anak buah Irfan Bakti mengukuhkan kedudukan apabila Indra Putra Mahyuddin menjaringkan gol kedua pada minit ke-26 sebelum pemain import Ndumba Makeche melengkapkan kemenangan The Fighters pada minit ke-28.

Pahang kekal selaku naib juara Kumpulan A, selepas terikat 1-1 dengan pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor.

JDT II membuka jaringan pada minit ke-13 menerusi sepakan penalti pemain import Nicolas Delmonte selepas Jose Manuel Carrasco dijatuhkan pemain pertahanan Pahang.

Pada minit ke-65, kedua-dua pasukan dihukum bermain dengan 10 pemain selepas Matias Ruben (Pahang) dan Jose Manuel Carrasco (JDT II) dilayangkan kad merah apabila berlaku kekasaran, sebelum Pahang menyamakan kedudukan pada minit ke-72 menerusi jaringan pemain import Zeshan Rehman.

Imej tuan rumah Kelantan tercalar di hadapan penonton sendiri apabila tewas kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) 0-3 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan C di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Gol kemenangan JDT diperoleh menerusi pemain import dari Argentina Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-27, Jasazrin Jamaludin (minit ke-47) dan Luciano Gabriel Figueroa (minit ke-67).

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, tuan rumah melengkapkan perlawanan dengan kemenangan pertama mereka selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1.

Hairuddin Omar meletakkan pasukan pelawat di hadapan selepas menjaringkan gol pada minit ke-36, sebelum Pulau Pinang bangkit mencari dua gol kemenangan pada babak kedua menerusi pemain import Luiz Ricardo pada minit ke-50 dan Lee Gil Hoon pada minit ke-62.

Selepas tamat perlawanan peringkat kumpulan malam ini, Felda United FC, Pahang, JDT dan Kelantan mengesahkan tempat ke suku akhir manakala empat perlawanan malam esok akan menyaksikan tiga pasukan lagi bakal mengiringi PDRM ke suku akhir.

Tags / Kata Kunci: Piala Malaysia

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan