Tony Fernandes Selesa Penambahan Pemain QPR

Diterbitkan: Selasa, 2 September 2014 10:26 AM

(Ubah saiz teks)

PEMILIK QPR, Tony Fernandes selesa dengan pinjaman untuk membeli pemain tengah Tottenham Hotspurs selepas terpaksa melepaskan penyerangnya yang inginkan gaji sebanyak £90 seminggu.

Penghijrahan Sandro ke QPR juga merupakan pemindahan penuh dramatik pada minit terakhir pada Isnin.

Pemain tengah berusia 25 tahun yang masih mempunyai kontrak selama dua tahun dipinjamkan ke QPR sebelum pembelian penuh dibuat pada harga £10 juta.

Sandro dilapor sanggup meninggalkan pasukannya selepas dia 'dibekukan' oleh pengendali skuad berkenaan, Tim Sherwood sejak musim lalu.

Selain Sandro, Harry Redknapp turut mendapatkan penyerang berusia 30 tahun iaitu, Niko Kranjcar yang pernah bermain untuk Tottenham dan Portsmouth.

Pemain antarabangsa Croatia itu dipinjam ke Loftus Road bagi membantu skuad berkenaan mendapat kedudukan terbaik dalam Liga Perdana Inggeris.


Tags / Kata Kunci: QPR

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan