Radamel Falcao Sah Milik Man United

Diterbitkan: Selasa, 2 September 2014 9:28 AM

(Ubah saiz teks)

> United bayar AS Monaco £6 juta tunai untuk dapatkan Falcao

> Penyerang Colombia itu hanya dipinjamkan selama semusim

> Akan menerima gaji sebanyak £280,000 seminggu

> Kini menjadi antara pemain dengan bayaran gaji paling tinggi

> Kedatangannya menyebabkan Danny Welbeck dijual kepada Arsenal

> Manakala Javier Hernandez dipinjamkan kepada Real Madrid

MANCHESTER United mampamerkan kuasa kewangan kelab itu apabila berjaya membawa penyerang Colombia, Radamel Falcao pada minit terakhir sebelum pintu pemindahan ditutup pada Isnin.

Ketibaan Falcao di Old Trafford menyaksikan Manchester City dan Arsenal yang turut ingin mendapatkan pemain terbabit terpaksa berputih mata meskipun telah memulakan rundingan lebih awal.

Jetting in: Falcao's private plane lands at Manchester Airport shortly before 6pm on Monday night

Penyerang AS Monaco itu tiba di Manchester menaiki jet peribadi untuk melengkapkan pinjaman jangka masa panjang dengan yuran pemindahan sebanyak £6 juta manakala pembelian kekal akan dibuat pada harga  £46 juta pada musim panas akan datang.

Drive time: Falcao can be seen arriving at United's Carrington training ground around 6.30pm (back right)

Falcao memberitahu www.manutd.com,"Saya gembira menyertai Manchester United menerusi pinjaman untuk musim ini.

"Manchester United adalah kelab terbesar dunia dan sedang berusaha untuk kembali berada di atas (carta liga).

"Saya tidak sabar untuk bekerja dengan Louis van Gaal dan menjadi penyumbang kepada kejayaan pasukan yang mempunyai sejarah menarik.

Arrived: Falcao turns up at United's training ground on Monday evening as the window comes to a close

Van Gaal pula memberitahu," Saya gembira kerana Radamel telah menyertai kami. Dia merupakan seorang daripada penjaring gol yang sangat prolifik.

Pemain berusia 28 tahun itu dilapor akan menerima gaji bersih sebanyak £280,000 seminggu selepas penolakan cukai dibuat.

United yang sedang berusaha mengembalikan kegemilangan di bawah kendalian Alex Ferguson membuat kejutan kedua dengan mendapatkan Falcao selepas menandatangani Angel di Maria pada harga £59.7 juta minggu lalu.

PERJALANAN KARIER FALCAO:

> River Plate-Argentina (2005-09): 105 perlawanan/45 gol

> FC Porto-Portugal (2009-12): 87 perlawanan/72 gol

> Atletico Madrid-Sepanyol (2011-13): 91 perlawanan/70 gol

> AS Monaco-Perancis (2013-14): 22 perlawanan/13 gol

> Colombia: 51 perlawanan/20 gol

Sepanjang karier profesionalnya, Falcao telah menjaringkan lebih 200 gol dan memiliki rekod purata jaringan gol yang jauh lebih baik dari mana-mana penyerang dalam Liga Perdana Inggeris waktu ini.

Dua puluh empat jam sebelum pembelian Falcao, United berjaya membawa masuk pemain antarabangsa Belanda, Daley Blind, 24, dari Ajax Amsterdam pada harga £14 juta.

Keseluruhannya, United telah membelanjakan £160 juta dengan pemain baru musim ini iaitu bukan sahaja satu rekod perpindahan untuk kelab berkenaan malah yang tertinggi dalam Liga Perdana Inggeris mengatasi Chelsea, Liverpool, Manchester City dan Arsenal.

Ketika era Sir Alex Ferguson, dia tidak pernah membeli pemain baru yang melebihi harga £30 juta seorang.

United kini telah membawa masuk enam pemain antarabangsa baru.

Ketibaan Falcao turut menyaksikan pemergian dua orang penyerang sensasi mereka iaitu Danny Welbeck yang dibeli oleh Arsenal pada harga £16 juta dan Javier Hernandez yang dipinjamkan kepada Real Madrid selama semusim. Real juga diberi opsyen untuk membeli Hernandez secara kekal pada harga £16 juta menjelang penghujung musim ini.

Untuk memastikan Falcao bersetuju menyertai United, kelab itu telah bersetuju untuk membayar pemain berusia 28 tahun itu gaji sebanyak £280,000 seminggu iaitu setaraf dengan seorang lagi pemain baru mereka, Angel Di Maria yang dibawa masuk dari Real Madrid minggu lalu dengan rekod perpindahan British sebanyak £59.7 juta.

Hanya kapten pasukan, Wayne Rooney yang menerima gaji yang lebih tinggi daripada mereka iaitu sebanyak £300,000 seminggu.






Tags / Kata Kunci: Manchester United , Monaco

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan