Arsenal Beli Danny Welbeck Dari United

Diterbitkan: Selasa, 2 September 2014 9:24 AM

Danny Welbeck (kiri), kini adalah penyerang Arsenal.

(Ubah saiz teks)

> Manchester United akhirnya menjual Welbeck pada harga £16 juta

> Pemain antarabangsa England itu diperlukan untuk ganti Olivier Giroud

> Giroud cedera dan tidak dapat bermain sehingga awal tahun depan

> Welbeck kebetulan bersama skuad England berlatih di padang Arsenal

> Dia menandatangani kontrak lima tahun dengan Gunners

> Kelewatan Tottenham menyertai rundingan menyebabkan mereka putih mata

> Gunners juga terlepas penyerang Monaco, Radamel Falcao yang disambar United

PEMAIN yang dilahirkan menerusi akademi bolasepak Manchester United sehingga menjadi seorang pemain antarabangsa England yang regular, Danny Welbeck akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kelab kesayangannya apabila United bersetuju menerima tawaran Arsenal untuk membelinya pada harga £16 juta.

Penjualan itu termeterai selepas United berjaya mendapatkan khidmat seorang penyerang bertaraf dunia iaitu Ramadel Falcao dari AS Monaco secara pinjaman selama semusim.

Arsene Wenger terpaksa membuat keputusan yang dramatik dan segera berhubung masa depan Welbeck selepas Arsenal gagal menyakinkan Falcoa untuk berpindah ke London dan dengan tempoh masa pintu perpindahan hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk tamat.

Welbeck, 23, telah mendapati yang dirinya menjadi 'anggota skuad yang berlebihan' dan tidak diperlukan lagi dengan ketibaan Falcao apatah lagi sebelum ini, dia berada di barisan yang ketiga selepas Wayne Rooney dan Robin van Persie di kelab tersebut.

Prestasinya sejak permulaan musim tidak menonjol dan dalam sistem formasi yang diamalkan oleh pengurus baru United, Louis van Gaal, Welbeck mendapati dirinya berhadapan dengan kesukaran untuk menyesuaikan diri.

United pada mulanya meletakkan £18 juta sebagai harga perpindahan pemain muda itu tetapi akhirnya berkompromi selepas mereka berjaya memperolehi tandatangan Falcao.

Dengan Giroud hanya akan pulih dari kecederaan awal tahun depan Arsenal hanya mempunyai seorang sahaja penyerang iaitu Lukas Podolski.

Mereka hampir membeli seorang lagi penyerang Perancis, Loic Remy dari QPR tetapi membatalkannya selepas pemain itu gagal ujian kesihatan dan selepas itu sekali lagi gagal memperolehi Radamel Falcao, sebelum beralih kepada Welbeck.

Welbeck, yang bermain 26 kali untuk England berjaya menjaringkan 20 gol dalam 90 perlawanan untuk United sejak menjadi pemain regular sejak 2008 di bawah bimbingan Sir Alex Ferguson.

Wenger pula kini menjadi satu-satunya pengurus liga perdana yang berjaya mengumpul sekumpulan pemain-pemain muda England yang berbakat dengan pembelian Welbeck. Welbeck kini akan bermain bersama-sama rakan senegaranya seperti Theo Walcott, Aaron Ramsey, Alex Oxlade-Chamberlain, Kieran Gibbs dan Calum Chambers. 

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan