Nigel De Jong Pemain Baharu Man United? - Bola Sepak | mStar

Nigel De Jong Pemain Baharu Man United?

Diterbitkan: Isnin, 1 September 2014 1:53 PM

De Jong (kanan) bersama Louis van Gaal ketika saingan Piala Dunia lalu.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United dilapor sedang berusaha menandatangani pemain tengah AC Milan, Nigel de Jong sebelum tingkap perpindahan ditutup dalam tempoh kurang 24 jam, lapor Goal.com.

United ketika ini sedang melengkapkan pemindahan Daley Blind dari Ajax dengan yuran perpindahan sebanyak £13.8  juta.

Tetapi kelab tersebut masih mahukan pemain berusia 29 tahun itu yang dianggarkan bernilai £8 juta bagi memantapkan barisan pemain tengah menerusi formasi 3-5-2.

Goal.com sebelum ini pernah mendedahkan bahawa Ketua Eksekutif Manchester United, Ed Woodward pernah menemui De Jong di London pada Ogos.

Perbincangan antara kedua-dua pihak tersebut masih diteruskan selepas itu tetapi tanpa sebarang persetujuan rasmi dicapai sehingga setakat ini.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , AC Milan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan