Pemain Piala Presiden JDT Maut Dalam Kemalangan

Diterbitkan: Ahad, 31 Ogos 2014 6:11 PM

Md Amirul Hakim Samsuddin maut dalam kemalangan di KM43.5 Lebuhraya Senai-Desaru, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU:  Seorang pemain bola sepak skuad Piala Presiden Johor Darul Ta'zim (JDT) meninggal dunia manakala rakannya cedera apabila motosikal yang ditunggangi mereka berlanggar dengan sebuah kereta diKM43.5 Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Desaru, Kota Tinggi, tengah malam Sabtu. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Shahrul Anwar Md Idris berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah malam ketika Md Amirul Hakim Samsuddin, 18, dan rakannya Mohd Rafi Abu, 29, mengikuti konvoi beberapa buah motosikal dari arah Pasir Gudang untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara. 

"Md Amirul Hakim menunggang motosikal terbabit manakala Mohd Rafi adalah pembonceng. Dipercayai motosikal mereka berlanggar dengan kereta yang datangdari arah bertentangan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Shahrul Anwar berkata Md Amirul Hakim yang dilaporkan parah di bahagian kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail, Pandan.

Beliau berkata rakannya turut dihantar ke hospital yang sama bagi menerima rawatan manakala pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan