Javier Hernandez Ke Real Madrid?

Diterbitkan: Ahad, 31 Ogos 2014 4:01 PM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Manchester United Javier Hernandez dilaporkan bakal menyertai Real Madrid sebelum tingkap perpindahan ditutup pada Isnin.

Media Sepanyol melaporkan berita itu bukan lagi khabar angin seperti sebelum ini apabila sumber terdekat kelab berkenaan turut mendedahkannya.

Chicharito dilapor akan menyertai Juventus bagi membolehkan Arturo Vidal ke United pada musim panas ini, namun Real Madrid dijangka akan membuat bidaan.

Nama pemain Mexico itu sebelum ini disebut oleh pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti bahawa dia mampu bermain dengan Karim Benzema sebagai penyerang.

Bagaimanapun Real Madrid masih mempunyai pilihan utama mereka iaitu penyerang Manchester City, Alvaro Negredo.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Real Madrid

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan