Pasukan Harimau Muda B-16 Muncul Juara Piala Juara-Juara Asia 2014

Diterbitkan: Ahad, 31 Ogos 2014 11:35 PM

M.Kogileswaran (kanan) menjaringkan gol penyamaan pada minit le-40.

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Skuad Harimau Muda Bawah 16 tahun muncul juara Piala Juara-Juara Asia 2014 selepas menundukkan PVF Vietnam dengan agregat 5-4 di Stadium Frenz Janda Baik, Ahad malam.

Skuad bimbingan S. Balachandran itu menerima tentangan sengit pihak lawan apabila seri 3-3 pada perlawanan final timbal balik yang memihak kepada skuad negara.

Pada perlawanan pertama di Ho Chi Minh, Vietnam, skuad negara  menang 2-1.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Ho Minh Di pada minit ke-11 kemudian pemain negara M.Kogileswaran menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-40.

Malaysia mendahului 2-1 pada separuh masa hasil jaringan kapten pasukan Muhammad Sharul Akmal Md Adnan pada minit ke-45.

Bersambung babak kedua, Nguyen Dinh Bao kembali menyamakan kedudukan dengangol kedua buat pasukan Vietnam pada minit ke-55.

Pemain negara Muhammad Najmuddin Samat menambah jaringan ketiga buat pasukan pada minit ke-82 namun dua minit kemudian pemain Vietnam, Bui Tien Dungmenyamakan kedudukan 3-3.

Selaku juara, skuad negara menerima USD$50,000 (RM157,697), naib juara Vietnam USD$25,000 (RM78,849). 

Sementara itu, Balachandran berkata beliau berpuas hati dengan prestasi skuad negara yang mempamerkan prestasi konsisten sepanjang kejohanan tersebut.

Katanya kemenangan itu merupakan persediaan terbaik sebelum pasukan berkunjung ke Thailand untuk saingan Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bawah 16 tahun pada minggu depan.

"Saya sangat berpuas hati dengan prestasi pemain. Mereka sangat berdisplin dan persefahaman mereka cukup baik.

"Terima kasih kepada penganjur (Frenz United) kerana mengadakan kejohanan ini," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan